Kursus Induksi 1

Ermm... hari ni baru seminggu aku menjalani Kursus Induksi, so ada lagi seminggu untuk menghabiskan masa di Glory Beach Resort PD. Sepanjang seminggu yang dilalui ni..banyak laa input2 yang telah diberikan oleh pegawai2 di JPN. 

Seramai 98 peserta telah menyertai Kursus Induksi kali ini. yang terdiri daripada pendidik dari Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Ada dikalangan mereka yang masih Fresh dlm bidang pendidikan, ada yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat dan ada juga yang telah memegang jawatan guru besar.

Sepanjang kursus ini diadakan kami telah dibarikan kepada 10 kumpulan. kumpulan kami digelar Cloud 9. terdapat 10 orang dalam kumpulan ni: Cikgu Hamdan (PK HEM), Fairunizan (Guru Pend. Khas), Vasanthi (guru BI), Suganthi (guru BI), Dalilah (Guru BI), Nor Syuhada Wee(Guru BI), Mau Anak Enggu(Guru Pend. Seni), Noraslinda (Guru Fizik), Norazuin (Guru Kaunseling), dan Mohd Saifunizam (Guru Fizik).

Sepanjang Kursus ini dijalankan semua peserta diminta untuk menyampaikan Pengucapan Awam (Public Speaking). aku telah menyampaikan PA yang bertajuk senyum. kelebihan dan rahsia pada senyuman..itulah tajuk yang lengkap..walaupun pada awalnya agak gemuruh (maklumlah nak berucap depan guru2 dan penilai) namun dengan pengalaman yang ada, alhamdulillah aku dapat menyampaikannya dengan baik.

cukup sekadar di sini berkaitan dengan Kursus Induksi, jika ada kesempatan Kursus Induksi 2 akan muncul..

Akhirnya Selesai juga...

Hari ini aku berjaya menyiapkan tugasku, iaitu menyiapkan analisis peperiksaan akhir tahun utk pelajar form 1,2 and 4. Semalam aku dah siapkan result budak2 ni untuk dihantar kat parents diorng..buat kerje sorang2 je..coz SU peperiksaan yang lain duk jaga exam SPM..

Aku plak..sambil duk tengok budak kat sini exam ngan guru yang bertugas..siapkanlah kerja2 yang terbengkalai ni..dengar kata tahun depan aku kena pegang lagi jawatan SU Peperiksaan ni.. terima saja lah..dan buat kerja tu dengan ikhlas.. 

Jawatan2 lain untuk tahun depan tak tahu lagi apa.. may be masa meeting 1st nanti (31 Disember) baru tahu apa kerje yang kena buat utk tahun 2009.. tapi pada hari tersebut may be aku tak datang meeting coz ada meeting lain yang kene pergi.. apa2 keputusan pun aku setuju jer laa..

hari ni budak2 F5 baru jer habis paper Pend. Islam.. esok diorang akan sit for Chemistry.. paper aku next Week. Physics (25 Nov).. aku harap diorang leh buat yang terbaik.. segala Ilmu dan teknik dah diberikan..terpulang pd mereka sekarang ni..selain mengharapkan pertolongan daripada Yang Maha Berkuasa. Good Luck for the Next Paper.

Manusia Dalam Kerugian


Demi Masa!  
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.  
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.


Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:  

  1.mereka yang beriman  
  2.beramal soleh  
  3.menasihati atas kebenaran dan  
  4.menasihati atas kesabaran  


Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yang menimpa mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran dan juga atas kesabaran.  

Sistem Analisis Peperiksaan

Hari ni aku baru sahaja selesai menghadiri kursus Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) dan Headcount yang dianjurkan oleh PPD Jempol Jelebu.. semua yang menghadiri kursus ini adalah yang berjawatan Setiausaha Peperiksaan Semua sekolah di PPDJJ. lebih kurang 80 peserta yang menyertainya.
Selama 2 tahun aku mengajar aku telah dapat mengetahui beberapa perisian yang digunakan untuk menyimpan data2 peperiksaan pelajar.. Antaranya ISIS sistem ni memang selalu aku gunakan kerana semua Sekolah Berasrama Penuh menggunakannya. kedua SAP, sistem ni baru awal tahun 2008 aku explore, perisian ni digunakan oleh PPDJJ, yang ketiga Zoom-A, yang ni aku tak sempat nak explore sebab tugasnya diberi kepada Guru Data, (sistem ni guna online) duduk kat mana2 blh key in markah students, dan yang last SPP (Sistem Pengurusan Peperiksaan), yang ni aku hanya dengar je.. x penah tengok pun..
Jadi kepada sahabat2 yang bergelar guru, jangan biarkan diri tertinggal dengan kepesatan teknologi masa kini..
Apa yang aku dapat dari kursus ini. Dalam kursus ini kami diajar untuk membuat headcount. jadi sebelum headcount ini dapat dibentuk maka semua markah pelajar perlu laa ada dulu.. daripada markah2 pelajar maka headcount dapat dibuat..
Apa pentingnya headcount ni kepada guru dan pelajar? pentingnya adalah supaya guru dapat menentukan hala tuju pelajar yang sebenar di samping dapat meningkatkan mutu pencapaian pelajar masing2. Dalam Head count ni ada beberapa isltilah yang digunakan iaitu TOV (Take of Value), ETR (Expected Targeted Result),AR (Actual result) dan OTR (Oriented Targeted Result).
setakat itu sahaja lah dulu.. kepada kawan yang bergelar guru yang nak berkongsi tentang analisis peperiksaan dan headcount boleh berkongsi bersama saya...

SPM Bermula

hari ini 11 November 2008, Peperiksaan SPM 2008 sudah pun bermula.. walaupun aku tidak mendudukinya tapi aku merasai bahangnya sebagai seorang guru di SBP Integrasi Jempol..

hari ni, tidak banyak masalah yang berlaku, hanya ada sebilangan pelajar yang mengalami sakit perut semasa menjawab soalan.. tak tahu laa puncanya apa.. sama ada disebabkan makanan di asrama atau 'nervous' pelajar itu sendiri..

tahun ni aku dilantik sebagai SU Peperiksaan SPM baru bulan 8 hari tu aku dilantik menggantikan seorang cikgu yang bakal menyambung pengajian next week.. sebelum ni aku hanya memegang jawatan SU Peperiksaan Dalaman sahaja.. Namun kini tugas tersebut masih lagi aku sandang..walaupun aku diberikan seorang pembantu.. aku tak kisah... yang penting lakukannya dengan ikhlas demi anak bangsa...

ermm.. berbalik kepada SPM yang sedang berlangsung... sebelum pelajar masuk ke dewan pada waktu pagi.. mereka telah membaca doa WIHDAH... satu doa yang mengingatkan aku sewaktu aku berlajar di sekolah menengah dahulu.. setiap pagi aku dan batch aku akan mengalunkan Asma' Al-Husna dan Doa Wihdah kemudian bertakbir sebelum masuk ke dewan peperiksaan untuk memberi semangat dan menghilangkan perasaan gementar...sewaktu doa wihdah dibacakan berdiri bulu roma aku sambil terkenang peristiwa 8 tahun yang lalu..

Semoga anak2 muridku memperoleh kemudahan dan kejayaan nanti insyaAllah..
InsyaAllah akan ku coretkan apa2 perkembangan terkini...
jumpa lagi.

album

Ciri- ciri Isteri Idaman Lelaki Mukmin: Taqwa, Ta’at & Sopan

Salam…moga bermanfa’at, insyaALLAH

Ciri- ciri Isteri Idaman Lelaki Mukmin

T ~ Taat pada suami
A ~ ALLAH diutamakan
Q ~ Quran dijunjung
W ~ WanitaSholehah
A ~ Amanah tunai tanggungjawab

T ~ Tunjuk kasih sayang
A ~ anak-anak pandai dididik
A ~ Akhlaq mulia
T ~ Tutup keaiban suami

S ~ Solat dijaga
O ~ Orang tua dihormati
P ~ Puasa dikerjakan
A ~ Aurat dipelihara
N ~ Nabi dicontohi

~* InsyaALLAH sama-sama usaha capai as sholihah dan sama-sama do'akan salam dunia dan salam akhirat buat Muslim Muslimat seantero persada, insyaALLAH, amiin.

Cara Nak Eratkan Persahabatan

Hadis :

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya." (Riwayat Al-TabraniHuraiani)

Huraian:

i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.

iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGAMALKANNYA

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai.Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakanakan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagimelakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga.Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.Wallahualam.
(apepun, cuba kita renung kembali kepada firman Allah Ta'ala dalam surah az-Zariyyat yang bermaksud : " dan tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia itu kecuali mereka beribadat kepada-KU")
:: maka benarlah Allah yang Maha Berkuasa ::