Anugerah Buat Teman


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

ERTI KAWAN:
SAHABAT(TEMAN)
BERSAUDARA
PENASIHAT
SUSAH SENANG BERSAMA
PENDORONG
SANGGUP BERPISAH KERANA KEBENARAN

2 PERKARA YANG MESTI KITA LUPAKAN
KEBAIKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBURUKAN ORANG LAIN PADA KITA

2 PERKARA YANG MESTI KITA INGAT
KEBURUKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBAIKAN ORANG LAIN PADA KITA

MUTIARA KATA SEORANG SUFI
HAK SEORANG KAWAN
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMBERI BANTUAN KEPADANYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MEMBERI KESUSAHAN KEPADANYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MENGGEMBIRAKANNYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENDUKACITAKANNYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMUJINYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENGEJINYA...

CINTAILAH orang yang engkau cintai sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau benci pula
BENCILAH orang yang engkau benci sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau cintai pula

-saidina Ali Abi Talib-


*Artikel asal oleh : Penceramah motivasi Ustaz al-kausar

Jenaka Seminit

Mentua dan menantu

ALKISAH ada seorang ibu dengan tiga menantu daripada perkahwinan ketiga-tiga puterinya yang cantik. Si ibu mentua ingin tahu adakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mentua atau cuma anaknya saja.

Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut.


Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mentuanya.

Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Livina diletakkan di depan rumah dan sehelai kertas bertulis: “Daripada ibu mentuamu”.

Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mentua pura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun demi menyelamatkan mentua tercinta.

Esoknya di depan rumah menantu kedua melihat Toyota Alphard, dengan sehelai kertas tercatat tulisan: “Daripada ibu mentuamu”

Kini giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, si mentua kembali melakukan tindakan terjun ke laut. Tetapi, malangnya kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mentuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Dia berkata: “Rasakan!,” sambil memusingkan perahunya ke daratan.

Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di depan rumahnya kelihatan Mercedes Benz S-Class terbaru berserta kertas bertulis: “Daripada ayah mentuamu.”

Jamadi,
Sungai Besar



Pelatih baru


ROSMAN diterima bekerja sebagai pelatih di sebuah syarikat multimedia. Selepas melaporkan diri pada hari pertama, dia masuk ke biliknya dan terus mendail.

“Tolong buatkan saya kopi cepat!” katanya menengking.

“Maaf, awak salah sambungan. Awak tahu dengan siapa awak bercakap ni?,” kata suara di hujung talian.

“Tidak” jawab Rosman.

“Saya Pengarah Urusan syarikat ini, awak tahu?,” balas suara itu.

Rosman terkejut. Barulah dia sedar sudah tersalah dail kerana hajatnya mahu menghubungi kantin.

“Encik tahu dengan siapa encik bercakap ni?,” tanya Rosman.

“Tak...awak siapa?,” tanya Pengarah Urusan itu.

“Kalau tak tahu bagus...,” kata Rosman terus meletakkan gagang telefon.

Bakhari,
Bukit Tiu, Machang




Suami adil

SEPASANG suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli bergaduh mengenai keluarga masing-masing.

Jenab berkata: “Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan saya dan lebih menyayangi keluarga abang.”

Dengan selamba Ramli menjawab: “Salah tu...,buktinya abang lebih menyayangi ibu mentua sayang daripada ibu mentua abang sendiri.”

Ismail,
Naka

dipetik daripada www.bharian.com.my