Batu Kikir - Seramai lebih kurang 70 orang pelajar Tingkatan 1 Sesi 2009 Ambilan 1 telah mendaftar di SBP Integrasi Jempol pada hari ini.
Sesi pendaftaran telah bermula pada pukul 9.00 pagi di Ruang Legar (dewan Terbuka) SBPI Jempol. Pendaftaran telah bermula dengan mendapatkan tempat penginapan (asrama), rumah sukan, kelas dan pembelian barang keperluan di Koperasi Sekolah.
Setelah selesai sese pendaftaran, pelajar baru dan ibu bapa telah diberikan sedikit taklimat dan pengenalan sekolah yang telah disampaikan oleh tn. Hj. Mukhtar selaku GPK HEM SBPIJ. Sesi taklimat telah berakhir pada pukul 12.30 tghri.
Kemudian, penjaga dibenarkan untuk bersama dengan anak masing2 sehingga pukul 5.00 petang untuk menguruskan hal-hal yang belum diselesaikan. Bermula jam 5.00 ptg, pelajar-pelajar Ting. 1 telah memulakan program orientasi di SBPIJ yang dijangka berlangsung selama 2 minggu.
Semoga Pelajar yang baru mendaftar akan terus gembira berada di SBPIJ dan seterusnya dapat mencapai kejayaan yang gemilang. InsyaALLAH.
Semalam telah bermula sesi persekolahan bagi tahun 2009. Bagi pelajar2 tingktan 2,3 4 dan 5 SBPIJ, mereka telah mendaftar masuk ke asrama dan sekolah pada hari Ahad lagi. maklum la duduk asrama kena datang awal sehari laa.
Perhimpunan pertama telah diadakan di dewan yang bari renovate, 2 orang guru baru telah mula bertugas dan seorang guru yang sambung belajar telah datang kembali ke SBPIJ. semuanya perempuan. 2 orang guru perempuan juga telah dapat bertukar kerana mengikut suami masing2.
Semua kakitangan di Negeri Sembilan sekarang diarahkan memakai songkok berlilitkan kain putih bagi lelaki dan tudung berwarna hitam bagi perempuan Islam selama 40 hari sehingga 4 Februari sempena Kemangkatan DYMM YDP Negeri Sembilan pada 27 Disember 2008 yang lepas.
Pelajar2 tingkatan 1 akan mendaftar pada 12 Januari 2008. aku telah dilantik menjadi AJK Peralatan, sama macam tahun lepas gak..ok laa lagi pun awal2 ni aku free lagi just ada 3 kelas tingkatan 5 sahaja. pelajar tingkatan 4 yang aku ajar belum register lagi, may be awal bulan Februari baru diorang daftar.
ermm cukuplah dulu lain kali kalau berkesempatan boleh laa manaip lagi.
Alhamdulillah pada 30 Disember 2008, keputusan Peperiksaan penilaian Menengah Rendah telah diumumkan. Seramai 41 orang pelajar daripada 84 calon telah mendapat keputusan semua A dalam subjek yang diambil. Berikut adalah keratan akhbar sinar harian.
BATU KIKIR – Seramai 41 pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (SBPI Jempol) yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) berjaya mendapat 9A bagi semua mata pelajaran yang diambil di sekolah tersebut.
Pengetua SBPI Jempol, Zainun Abdullah berkata, keputusan peperiksaan PMR pada tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding keputusan pada tahun lepas.
Menurut Zainun, pada tahun ini keputusan pelajar menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila hampir separuh daripada jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan PMR mendapat keputusan cemerlang.
“Peningkatan pencapaian pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas yang mana hanya 31 pelajar mendapat keseluruhan 9A bagi semu mata pelajaran yang diambil.
“SBPI Jempol pada tahun ini juga memperoleh keputusan cemerlang bagi tiga mata pelajaran apabila semua pelajar yang menduduki peperiksaan mendapat A bagi ketiga-tiga mata pelajaran tersebut,” katanya.
Zainun berkata, kami bersyukur apabila kesemua 84 pelajar sekolah ini berjaya mendapat A bagi tiga buah mata pelajaran iaitu Kemahiran Hidup Teknikal, Perdagangan dan Keusahawanan dan Bahasa Melayu.
“Ini menunjukkan peningkatan yang membanggakan dan memberangsangkan. Walaupun terdapat pelajar yang tidak berjaya memperoleh A bagi kesemua 9 mata pelajaran namun, mereka mereka masih mampu mendapatkan A untuk tiga mata pelajaran tersebut.
“Pelajar yang tidak mendapat A untuk kesemua mata pelajaran kebanyakannya menghadapi masalah untuk mata pelajaran Bahasa Arab dan ada segelintirnya dalam Bahasa Inggeris,” katanya.
Reaksi gembira jelas terpancar pada wajah kesemua 41 pelajar yang memperoleh 9A sejurus memperoleh keputusan yang diambil bersama ibu bapa dan rakan-rakan.
Auni Farhana Azman, 15, sememangnya menetapkan sasarannya untuk memperoleh 9A tetapi apabila ada orang yang mempersoalkan adakah dia mampu untuk mendapat 9A semangatnya kian pudar.
Namun, apabila melihat sendiri keputusan yang berada di genggamannya, dia seolah-olah tidak percaya bahawa itulah keputusan peperiksaan yang diidamkannya selama ini.
Bagi Ahmad Farhan Zulkarnain, 15, yang berasal dari Selangor berasa cukup gembira dan bangga kerana dia hanya menyasarkan tujuh atau 8A sahaja tetapi tidak percaya apabila berjaya mendapat 9A.
“Saya tidak menjangka akan mendapat 9A kerana target saya hanya tujuh atau 8A sahaja. Tetapi alhamdulillah berkat bijak membahagi masa antara belajar dan bermain, saya mampu memperoleh keputusan 9A.
“Walaupun saya tidak dapat hadir bersama kedua ibu bapa bagi mengambil keputusan peperiksaan ini, namun saya percaya ibu bapa saya pasti bangga dengan keputusan yang saya peroleh ini,” katanya.
Semoga kecemerlangan dapat diteruskan untuk masa yang akan datang.
Doa Awal Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Cara Memotong Kuku
Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.
Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.
Anas bin Malik R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Tiga sifat yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, sesiapa yang mencintai Allah dan Rasul-Nya mengatasi cintanya kepada yang lain, dan tidaklah ia mencintai seseorang melainkan kerana Allah dan dia amat benci untuk kembali kepada kekufuran (murtad) sepertimana ia benci dilemparkan didalam api neraka.
Hadis ini merupakan asal yang utama dari usul Islam kerana daripada naungannyalah terbias bukti iman yang hakiki. Berkatalah para ulama r.h. makna kemanisan iman ialah merasa lazat ketika melakukan ketaatan kepada Allah samada ketika melakukan suruhannya ataupun ketika meniggalkan larangan-Nya . Justeru seseorang hamba yang beriman sanggup menanggung risiko dan kesulitan dalam menunaikan tuntutan agama serta lebih mengutamakannya dari tuntutan duniawi. Segala yang dilakukan itu dengan rela hati dan hanya mengharapkan redha Allah dan Rasul-Nya.
Berkatalah Qadhi Iyaz : hadis diatas membawa erti sabda Rasulillah S.A.W. yang lain iaitu : Akan merasalah kemanisan iman sesiapa yang meredhai Allah sebagai Tuhan-Nya dan Islam sebagai agamanya dan Muhammad S.A.W. sebagai rasul-Nya.
Ketahuilah kecintaan kepada Allah direlisasikan dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meniggalkan segala larangan-Nya dan demikinlah jua bukti kecintaan kepada Rasul menuntut reaksi yang demikian. Ini adalah kerana sesiapa yang mentaati Allah maka dia juga mentaati Rasul begitulah sebaliknya kerana ajaran Rasul ialah wahyu samawi dari Ilahi....
Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang kehormat.
Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya.
Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan."
Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."
MORAL & IKTIBAR
- Seorang pemimpin yang benar-benar sedar tentang peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sentiasa berusaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Mereka bersedia menerima teguran membina daripada rakyat-rakyat dan orang bawahannya meskipun pahit didengar. Sebaliknya mereka benci kepada orang-orang yang suka mengampu dan memujinya tanpa hak.
- Mereka yang Allah kehendaki menjadi manusia yang baik rela mendengar pendapat dan kritikan orang lain terhadapnya.
- Bertuahlah sesebuah negara yang mempunyai umara' (raja) yang menghampiri ulama' dan binasalah sesebuah negara yang mana ulama'nya suka menghampiri umara'.
- Kata-kata yang ikhlas disukai Allah meskipun dibenci oleh semua manusia. Sebaliknya kata-kata yang tidak ikhlas dibenci Allah meskipun digemari oleh semua lapisan manusia.
- Carilah keredhaan Allah meskipun terpaksa berdepan dengan onak dan duri.
- Kebaikan sejati ialah berani berkata benar di depan pemerintah yang zalim.
- Pemerintah yang zalim suka mempunyai penasihat-penasihat yang berkata manis kepada dirinya walaupun tidak benar.
- Jauhi sifat munafik kerana ia ibarat musang berbulu ayam. Membiarkan si munafik bermaharajalela seolah-olah merosakkan keseluruhan mukabumi Allah ini dengan noda dan dosa.
- Allah membenci orang yang munafik. Oleh sebab itulah kedudukan orang munafik adalah paling hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya tetapi si-munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu adalah salah. Justeru, Allah meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah.
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi
Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."
Ermm... hari ni baru seminggu aku menjalani Kursus Induksi, so ada lagi seminggu untuk menghabiskan masa di Glory Beach Resort PD. Sepanjang seminggu yang dilalui ni..banyak laa input2 yang telah diberikan oleh pegawai2 di JPN.
Seramai 98 peserta telah menyertai Kursus Induksi kali ini. yang terdiri daripada pendidik dari Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Ada dikalangan mereka yang masih Fresh dlm bidang pendidikan, ada yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat dan ada juga yang telah memegang jawatan guru besar.
Sepanjang kursus ini diadakan kami telah dibarikan kepada 10 kumpulan. kumpulan kami digelar Cloud 9. terdapat 10 orang dalam kumpulan ni: Cikgu Hamdan (PK HEM), Fairunizan (Guru Pend. Khas), Vasanthi (guru BI), Suganthi (guru BI), Dalilah (Guru BI), Nor Syuhada Wee(Guru BI), Mau Anak Enggu(Guru Pend. Seni), Noraslinda (Guru Fizik), Norazuin (Guru Kaunseling), dan Mohd Saifunizam (Guru Fizik).
Sepanjang Kursus ini dijalankan semua peserta diminta untuk menyampaikan Pengucapan Awam (Public Speaking). aku telah menyampaikan PA yang bertajuk senyum. kelebihan dan rahsia pada senyuman..itulah tajuk yang lengkap..walaupun pada awalnya agak gemuruh (maklumlah nak berucap depan guru2 dan penilai) namun dengan pengalaman yang ada, alhamdulillah aku dapat menyampaikannya dengan baik.
cukup sekadar di sini berkaitan dengan Kursus Induksi, jika ada kesempatan Kursus Induksi 2 akan muncul..
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.
1.mereka yang beriman
2.beramal soleh
3.menasihati atas kebenaran dan
4.menasihati atas kesabaran
Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yang menimpa mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran dan juga atas kesabaran.
hari ini 11 November 2008, Peperiksaan SPM 2008 sudah pun bermula.. walaupun aku tidak mendudukinya tapi aku merasai bahangnya sebagai seorang guru di SBP Integrasi Jempol..
hari ni, tidak banyak masalah yang berlaku, hanya ada sebilangan pelajar yang mengalami sakit perut semasa menjawab soalan.. tak tahu laa puncanya apa.. sama ada disebabkan makanan di asrama atau 'nervous' pelajar itu sendiri..
tahun ni aku dilantik sebagai SU Peperiksaan SPM baru bulan 8 hari tu aku dilantik menggantikan seorang cikgu yang bakal menyambung pengajian next week.. sebelum ni aku hanya memegang jawatan SU Peperiksaan Dalaman sahaja.. Namun kini tugas tersebut masih lagi aku sandang..walaupun aku diberikan seorang pembantu.. aku tak kisah... yang penting lakukannya dengan ikhlas demi anak bangsa...
ermm.. berbalik kepada SPM yang sedang berlangsung... sebelum pelajar masuk ke dewan pada waktu pagi.. mereka telah membaca doa WIHDAH... satu doa yang mengingatkan aku sewaktu aku berlajar di sekolah menengah dahulu.. setiap pagi aku dan batch aku akan mengalunkan Asma' Al-Husna dan Doa Wihdah kemudian bertakbir sebelum masuk ke dewan peperiksaan untuk memberi semangat dan menghilangkan perasaan gementar...sewaktu doa wihdah dibacakan berdiri bulu roma aku sambil terkenang peristiwa 8 tahun yang lalu..
Semoga anak2 muridku memperoleh kemudahan dan kejayaan nanti insyaAllah..
InsyaAllah akan ku coretkan apa2 perkembangan terkini...
jumpa lagi.
Salam…moga bermanfa’at, insyaALLAH
Ciri- ciri Isteri Idaman Lelaki Mukmin
T ~ Taat pada suami
A ~ ALLAH diutamakan
Q ~ Quran dijunjung
W ~ WanitaSholehah
A ~ Amanah tunai tanggungjawab
T ~ Tunjuk kasih sayang
A ~ anak-anak pandai dididik
A ~ Akhlaq mulia
T ~ Tutup keaiban suami
S ~ Solat dijaga
O ~ Orang tua dihormati
P ~ Puasa dikerjakan
A ~ Aurat dipelihara
N ~ Nabi dicontohi
~* InsyaALLAH sama-sama usaha capai as sholihah dan sama-sama do'akan salam dunia dan salam akhirat buat Muslim Muslimat seantero persada, insyaALLAH, amiin.
Hadis :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya." (Riwayat Al-TabraniHuraiani)
Huraian:
i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.
MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGAMALKANNYA
Pada hari Jumaat dan Sabtu (24-25 Okt.) Guru2 SBPIJ telah mengadakan program Family Day.. kali ni program ni diadakan di Eagle Ranch Resort kat Port Dickson.. Ramai gak laa yang hadir termasuk Puan Pengetua dan Suami... suasana kat resort ni macam kat perkampungan Cowboy, maklumlaa tempat penginapn pun macam kereta kuda
Jadi kali ni aku berpeluang jadi Robinhood, buat kali petama aku belajar memanah tak sangka pulak panahan aku mengenai sasaran...banyak gak markah yang aku dapat..nak jadikan cerita..pertandingan memanah yang diadakan dimenangi oleh group aku...
Nilah aksi pasukan memanah yang menang...yang pakai baju merah tu aku laa...
Selain itu, anak2 aku juga ada ambil bahagian dalam acara sukaneka yang diadakan.. alhamdulillah dua-dua beradik i dapat hadiah.. abang long dapat tempat pertama adiknya pulak dapat tempat kedua... diorang main rebut Snek Apollo ngan bola...
