Sahabat sekalian, tanpa kita sedari, rangka tubuh badan manusia yang terbina daripada 206 tulang-temulang merupakan sani kejuruteraan yang ajaib dan amat menakjubkan. Ia adalah sistem sokongan kepada sruktur tubuh badan yang melindungi organ penitng seperti otak, jantung, paru-paru dan juga organ dalaman yang lain.
Segala tulang yang terbina dalam sistem rangka memiliki struktur yang istimewa. Ia dicipta dengan kemampuan dan kekuatan yang luar biasa. Contohnya, tulang paha dapat menampung beban seberat 1 tan (1000 kg) dalam kedudukan 90 darjah. Sesuatu yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya tulang paha memikul beban seberat 3 kali ganda berat badan pada setiap langkah.
Struktur dalaman tulang yang bersambung antara satu sama lain memiliki kemampuan pergerakan yang luar biasa. Ia umpama sistem perancah yang digunakan dalam binaan jambatan dan menara. Cuma sistem yang terdapat dalam tulang adalah lebih rumit berbanding rekaan manusia. Ia sangat kuat dan cukup ringan untuk digunakan dengan selesa. Manusia dapat bergerak bebas tanpa merasa sakit.
Selain itu, tulang juga bersifat anjal di bahagian tertentu. Ini bagi memudahkan ia dapat mengembangdan mengecut bagi pergerakan udara masuk ke dalam peparu dan keluar darinya. Struktur elastik tulang juga mengalami perubahan. Contohnyatulang pinggul wanita yang hamil akan melebar dan menjadi ranggang antara satu sama lain ketika menghampiri saat kelahiran. Ini adalah fenomena fisiologi yang menakjubkan kerana sewaktu proses kelahiran, renggangan ini dapat mengelakkan tekanan yang menghimpit kepala bayi ketika keluar dari rahim ibunya.
Firman Allah dalam Surah al-Baarah ayat 259 yang bermaksud "..dan lihatlah kepada tulang-tulang itu, bagaiman Kami menyusunnya kembalikemudian Kami menyalutnya dengan daging.."
Sahabat sekalian, sungguh ajaib ciptaan Allah ini, bukan? Jadi kita perlulah sentiasa menghargai dan berterima kasih kepada Allah atas nikmat kurniaan yang tidak terhingga.
Dipetik daripada : Pendidik : Tahun 21-Bil 91
0 Response to "Ajaibnya Rangka Manusia"
Post a Comment