Anugerah Buat Teman


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

ERTI KAWAN:
SAHABAT(TEMAN)
BERSAUDARA
PENASIHAT
SUSAH SENANG BERSAMA
PENDORONG
SANGGUP BERPISAH KERANA KEBENARAN

2 PERKARA YANG MESTI KITA LUPAKAN
KEBAIKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBURUKAN ORANG LAIN PADA KITA

2 PERKARA YANG MESTI KITA INGAT
KEBURUKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBAIKAN ORANG LAIN PADA KITA

MUTIARA KATA SEORANG SUFI
HAK SEORANG KAWAN
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMBERI BANTUAN KEPADANYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MEMBERI KESUSAHAN KEPADANYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MENGGEMBIRAKANNYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENDUKACITAKANNYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMUJINYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENGEJINYA...

CINTAILAH orang yang engkau cintai sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau benci pula
BENCILAH orang yang engkau benci sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau cintai pula

-saidina Ali Abi Talib-


*Artikel asal oleh : Penceramah motivasi Ustaz al-kausar

Jenaka Seminit

Mentua dan menantu

ALKISAH ada seorang ibu dengan tiga menantu daripada perkahwinan ketiga-tiga puterinya yang cantik. Si ibu mentua ingin tahu adakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mentua atau cuma anaknya saja.

Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut.


Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mentuanya.

Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Livina diletakkan di depan rumah dan sehelai kertas bertulis: “Daripada ibu mentuamu”.

Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mentua pura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun demi menyelamatkan mentua tercinta.

Esoknya di depan rumah menantu kedua melihat Toyota Alphard, dengan sehelai kertas tercatat tulisan: “Daripada ibu mentuamu”

Kini giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, si mentua kembali melakukan tindakan terjun ke laut. Tetapi, malangnya kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mentuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Dia berkata: “Rasakan!,” sambil memusingkan perahunya ke daratan.

Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di depan rumahnya kelihatan Mercedes Benz S-Class terbaru berserta kertas bertulis: “Daripada ayah mentuamu.”

Jamadi,
Sungai Besar



Pelatih baru


ROSMAN diterima bekerja sebagai pelatih di sebuah syarikat multimedia. Selepas melaporkan diri pada hari pertama, dia masuk ke biliknya dan terus mendail.

“Tolong buatkan saya kopi cepat!” katanya menengking.

“Maaf, awak salah sambungan. Awak tahu dengan siapa awak bercakap ni?,” kata suara di hujung talian.

“Tidak” jawab Rosman.

“Saya Pengarah Urusan syarikat ini, awak tahu?,” balas suara itu.

Rosman terkejut. Barulah dia sedar sudah tersalah dail kerana hajatnya mahu menghubungi kantin.

“Encik tahu dengan siapa encik bercakap ni?,” tanya Rosman.

“Tak...awak siapa?,” tanya Pengarah Urusan itu.

“Kalau tak tahu bagus...,” kata Rosman terus meletakkan gagang telefon.

Bakhari,
Bukit Tiu, Machang




Suami adil

SEPASANG suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli bergaduh mengenai keluarga masing-masing.

Jenab berkata: “Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan saya dan lebih menyayangi keluarga abang.”

Dengan selamba Ramli menjawab: “Salah tu...,buktinya abang lebih menyayangi ibu mentua sayang daripada ibu mentua abang sendiri.”

Ismail,
Naka

dipetik daripada www.bharian.com.my

Betapa indahnya ciptaan Allah

Bagaimana Penguin Dapat Hidup Di Sebuah Benua Beku Di Kutub Selatan?

Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut. Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika bermain bola salji di musim sejuk. Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot, topi, sepasang kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji, suhunya hanya sekitar 10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin pula hidup di tempat yang suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku.

Tambahan pula, penguin tidak mempunyai kot, baju bulu atau sarung tangan, dan mereka tinggal di tempat yang jauh lebih sejuk daripada tempat kita. Mereka berjalan di atas ais tanpa kasut dan mereka tidak pula jatuh sakit. Mereka tidak mempunyai rumah. Mereka tidur di atas ais. Jika kamu berbaring di atas ais selama beberapa minit, kamu pasti akan jatuh sakit. Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku kepada penguin, mengapa?

Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa sehingga membolehkan mereka hidup di sebuah persekitaran yang sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu, ia dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa sebarang kesukaran.

Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit. Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan kerana itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai pakaian tebal ketika cuaca sejuk.

Penguin mempamerkan kesetiaan yang hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.

Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia membawa telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat bulan ini, ia sekali pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya, telur tersebut akan membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja.

Penguin jantan ini begitu sabar, sehinggakan sepanjang empat bulan ini ia bergerak dengan telur berada di antara kedua kakinya. Kerana itulah ia tidak dapat berburu dan dan sentiasa lapar. Cuaca sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga. Apabila telur tersebut hampir menetas, ibu penguin pulang daripada berburu. Ia memberi makan kepada anak kecilnya dengan makanan yang disimpan di dalam temboloknya. Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu bapanya membawanya di antara kaki mereka dan memanaskan badannya dengan tubuh mereka. Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan makhluk hebat ini beberapa sifat yang mengkagumkan. Allah menjadikan penguin badan yang dapat melindungi dirinya daripada kesejukan, dan menjadikannya begitu taat setia. Kerana mereka amat dedikasi, mereka memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini telah diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu. Penguin yang hidup dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari segi kesetiaannya.

KALAU....KALAU DAN KALAU....

Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Muhammad hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.
Tempat dan rupa nya bagaimana? Apa ada dalam syurga?
Apa isi dalam neraka?
Dan setiap Ahmad,Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman...
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!


Berkalau-kalau tu amalan syaitan.. tapi "kalau" yang ini aku tulis untuk keluarkan kau,aku dan dia dari terus teruk daripada syaitan.


SANTAPAN KEJAYAAN




RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:

1.Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2.Sebuah ketekunan
3.3 mangkuk kerajinan
4.4 hiris keinsafan
5.5 keping kasih sayang
6.Beberapa potong kasih
7.Segenggam harapan
8.1/3 cawan air mata keinsafan
9.Semangkuk azam
10.Sekuntum A untuk hiasan

Cara membuatnya:

1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 lit3r pati usaha. 4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.
5.Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7.Tambahkan sedikit kerajinan.
8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:
1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3.Hiasilah dengan seyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

Selamat menjamah :)

Dipetik Dari Laman Web iLuvIslam.com

Pengalaman Bermakna

Semalam..28 Julai..turn aku punya slot Fizik bagi program AlKhawarizmi siri 2...jadual aku sesi petang dan malam...nak jadikan ceriter..

Sebelum sesi aku sebelah petang bermula..aku join students tengok movie about stars...yg unik nyer tengok movie nie, aku kene pandang ke atas...ermm macam tengah baring laa...nak tengok bintang...so..bermula laa tayangan berkisar tentang bintang, planet2 dan juga galaksi yg wujud dalam alam ciptaan Allah ni...Sungguh Besar Kekuasaan Allah...

Lepas habis movie, so slot pun bermula..slot Fizik berjalan agak smooth laa..senang jer laa nak handle budak2 yg nak belajar ni...lepas habis slot petang..dlm kul 6 lebih mcm tu...aku join plak students and other teachers ke tapak pelepasan penyu...aku tu laa first time tengok live macamne penyu ni dilepaskan....ermmm...penyu2 ni kene dilepaskan sewaktu matahari nak terbenam...ada sebabnyer...sebabnyer matahari tu akan jadi panduan kat anak2 penyu tu nak menuju ke laut...satu yg istimewa bagi anak2 penyu ni...menurut pegawai yg bertugas...sebelum anak2 penyu ni sampai ke laut anak2 penyu ni akan imprint segala bentuk muka bumi di mana dia dilepaskan..so..sebelum sampai ke kawasan berair anak2 penyu ni akan berhenti beberapa kali untuk proses imprint...proses ni penting..sebab may be dalam masa 20 tahun lagi anak2 penyu ni akan kembali semula ke pantai tersebut untuk bertelur...ermmm satu lagi fact yg menarik..jantina penyu hanya dapat diketahui semasa penyu ni berusia 16 tahun...

waktu malam plak...semasa sesi discussion, studnts ni berpeluang laa guna elestronomical telescope..so ada kaitan laa dengan subjek Physics yg diaorg tengh belajar masa tu...malam tu..students ni dapat menyaksikan planet Jupiter (musytari) secara live laa...apa yg aku nampak laa..Jupiter ni ada 4 bulan yg mengelilinginyer...kedudukan bulan ni selari..ermm 3 tu memang jelas nampak selari sebab kedudukanyer dekat tapi yg satu lagi ni duduk bertentangan..tapi still parallel..Subhanallah...itulah kuasa Allah...ermm pada Jupiter tu boleh laa nampak belang2 yg mengelilingi Jupiter..pastu nampak kekuningan skit...sebelum ni baca dalam buku jer..tapi malam tu aku dapat tengok live...kalau sape2 nak tengok Jupiter ni boleh tengok dalam kul 9 ke atas waktu Malaysia..kedudukannyer..sebelah timur...kalau menghadap sebelah timur tu nampak satu bintang yg cerah dan statik jer tu la jupiter...tak pun beli lah astronomical telescope..ermm beli jer yg harga 7,8 ratus..

lepas tengok Jupiter...aku tengok plak permukaan bulan...ermm nampak laa kawah2 yg ada kat bulan tu..kawah2 yg wujud kat bulan tu disebabkan oleh kejadian hujan astroid yg berlaku berjuta tahun yg lalu yg sama juga telah menyebabkan pupusnye dinasour kat bumi ni...

Subhanallah...

Info Sya'aban

PENDAHULUAN

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. 

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

FADHILAT BULAN SYA'ABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. 

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah: 
1. Memperbanyakkan puasa sunat 
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. 


Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 


2. Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. 
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) 


3. Bertaubat 
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Perjalanan Istimewa Israk Mikraj

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahaldan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. “Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.”

“Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. “Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” – (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui. Jibril menjawab: “Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.” Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah. Apabila puteri itu mendengar perkataan “Allah”, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah.”

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah. Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: “Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran.” Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun olehseluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.

Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Dan banyak lagi peristiwa yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW.

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

My 3rd Baby

Pada 16 July...aku ada pengisian program untuk pelajar Form 5 di Kompleks Falak Al Khawarizmi, Tanjong Bidara, Melaka.. kali ni aku sorang jer yang handle sbb cikgu sorang lagi cuti (tak sihat).. so mcm biasa laa...lepas Nasyid Asmaul Husna dan doa..aku pun edarkanlah bahan untuk aktiviti harini...Waktu pagi ni mmg untuk slot aku (slot Physics)...lepas dah settle semua..bagi kumpulan dan tugasan..wife aku hntar sms..."abe, sakit perut ni, sero supo nak beranak dah"...hati aku pun mula berdebar lalu aku pun call laa wife aku...then aku suruh dia terus pergi hospital..aku tak de laa risau sangat coz aku dah hantar dia balik KB hari sabtu lepas..so ada laa family dia yg hantarkan..kalau aku nak rushing pun tak sempat..dari Melaka ke KB paling cepat pun 8 jam...

Wife aku telah dimasukkan ke wad lebih kurang pukul 9.30 am...masa tu aku baru sampai batu kikir..kemas skit barang nak bawa balik bercuti ni..hehe..then on the way dlm kul 11.30 am..wife aku call bagitahu dia dah selamat melahirkan anak lelaki... Alhamdulillah..

Anak ketiga ni aku namakan dia Nik Muhammad Ammar bin Mohd Saifunizam..

Lamanyer menyepi

ermm.. rasenyer dah 2 bulan tak update blog ni..busy agaknyer...ataupun buat2 busy... hanya Tuhan yang tahu...
Sepanjang 2 bulan yg berlalu ni banyak perkara yg dah berlaku yg menjadi sejarah dalam hidupku...semuanyer yg berlalu bagaikan mimpi... namun setiap apa y dilalui mematangkan hidupku...
sekarang dah penghujung bulan Julai...anak2 didikku sdang sibuk bersedia utk trial yg akan mnjelang seawal Ogos lagi...tak tahu laa macam mana pencapaian tahun ni...kalau tengok pda result pertenghan tahun lebih baik drpd last year..tp nak dibandingkan dgn subjek2 sains yg lain...last sekali laa tahun ni...
pe2 pun ku harapkan kesedaran akan muncul dari diri setiap pelajar ku.. aku tahu mereka boleh lakukan...tapi mereka still perlukan tunjuk ajar dr guru2 yg dedikasi..adakah aku guru yg dedikasi?ermm fikirlah sendiri...
minggu nie ada lgi satu program untuk pelajar SPM..program Alkhawarizmi namanye... progni akan dibuat di Tg. Bidara, Melaka....jauhnyer...aku pun terlibat sama..nampaknye kali ni aku seorang diri jer...sbb partner aku tunggu masa nak bersalin jer...xpe laa demi untuk meningkatkan prestasi pelajar dan yg penting GPK tahun ni..aku kena buat gak...apa yg penting???...kerjaasamaa...
oh yer...hari ni merupakan Hari Jubli Perak SMKA TAHAP....aku tak dapat nak join...kalau ikutkan hati ni nak sangat pergi TAHAP ni...dah lama aku tak pergi..hari lalu jer..tak sempat nak singgah..terasa sebak gak tak dapat pergi ni..tambah2 plak baca online berita haria tadi DYMM Suntan Pahang pun sebak sewaktu bertitah merasmikan sambutan Jubli Perak...
Ape2 pun aku berharap aku dapat juga pergi ke SMKA TAHAP dalam masa terdekat ni...

Selamat Hari Guru

Hari ni 16 Mei adalah merupakan Sambutan Hari Guru peringkat kebangsan. 

Selamat hari Guru diucapkan kepada semua yang bergelar guru, cikgu mahupun pendidik..

tema hari guru tahun ni ialah Guru Pembina Negara Bangsa.

Oleh itu, sebagai seorang pelajar ataupun yang pernah bergelar sebagai seorang pelajar, janganlah kita lupa jasa dan pengorbanan guru-guru kita.. sentiasa doakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka.

GURU - Guna Untuk Rakyat Umum

CIKGU - Celik Insan Kerana Guru Unggul

Asal usul manusia tersedu

BAHAGIAN yang patut dipersalahkan adalah diafram, otot-otot berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. Selalunya, diafram bekerja dengan sempurna. 

Apabila anda menarik nafas, ia tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila anda menghembuskan nafas, diafram menolak udara keluar daripada paru-paru.

Tetapi, ada ketikanya diafram menjadi terganggu dan apabila ini berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Akibatnya, anda menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut. Apabila udara yang berebut-rebut masuk itu melanggar kotak korda suara anda, maka terhasillah bunyi hik, hik.

Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut.

Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dahulukala di mana leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas.

Alasan di sebalik kejadian sedu membingungkan kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lampau kerana ia tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia. 

Imbasan ultrasound turut membuktikan bahawa bayi dua bulan di dalam kandungan juga tersedu, sekalipun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.

Teori mengenai sedu yang diterbitkan di dalam jurnal BioEssays itu menyatakan, kunci kepada tindak balas sedu terletak pada sekumpulan ikan primitif yang boleh menghirup udara yang kebanyakannya makhluk dua alam.

Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris itu percaya, litar atau sirkit otak yang mengawal ventilasi/pengudaraan insang telah merentasi dunia mamalia moden, termasuklah manusia.

Mereka turut membariskan banyak persamaan di antara sedu dengan pengudaraan insang di kalangan binatang seperti berudu. Salah satu daripadanya, kedua-duanya menghalang paru-paru daripada mengembung.

Straus and rakan-rakan sepasukannya turut mengesyaki tabiat itu telah disesuaikan untuk satu penggunaan baru – membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menetek mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.

Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara, makan secara lahap, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan. Mujurlah ia lazimnya berakhir dalam masa beberapa minit sahaja. 

Adalah tidak benar tanggapan yang mengatakan sedu boleh dihentikan dengan cara menakutkan atau mengejutkan seseorang. Namun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi melenyapkannya.

Antaranya dengan cara menahan nafas dan mengira perlahan-lahan sehingga angka 10, segera minum segelas air atau makan sesudu teh gula atau madu.

Jika sedu berterusan sekalipun setelah mengambil langkah-langkah tertentu untuk cuba menghentikannya atau anda sering kali mengalaminya dari semasa ke semasa, anda mungkin mahu berunding dengan doktor mengenainya.

Kelebihan Selawat

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari Thabrani

p/s:di petik dari trangngkite..

Dolfin Dan Teknologi

Allah kurniakan kebijaksanaan kepada manusia untuk menghasilkan rekacipta dan merintis teknologi serba canggih. Namun, tanpa kita sedari banyak inovasi rekaan manusia berjaya dihasilkan melalui kajian yang berpandukan kepada alam ciptaan Allah yang telah lama wujud berjuta-juta tahun dahulu.

Adakah anda kenal dengan dolfin, ataupun ikan lumba-lumba? Sebenarnya banyak rekaan di dunia ini dicipta berpandukan kepada kejadian ikan ini. contohnya kapal terbang Concorde yang menjadi kebanggaan seluruh dunia satu ketika dahulu. Walaupun kini penerbangannya sudah ditamatkan, tapi tahukah bahawa kapal terbang ini direka berpandukan kepada dolfin? Dalam kajian yang dilakukan oleh sekumpulan jurutera, muncung dolfin yang berbentuk gelendong telah menjadi inspirasi kepada jurutera kapal terbang Concorde untuk mencipta bahagian hadapan kapal terbang itu. Ini kerana, bentuk itu dapat mengurangkan geseran udara pada permukaan luar Concorde. Sirip dolfin yang berfungsi sebagai 'enjin' di dalam air juga dijadikan contoh bagi motor Concorde yang diletakkan di bahagian belakang.

Ajaibnya Rangka Manusia

Sahabat sekalian, tanpa kita sedari, rangka tubuh badan manusia yang terbina daripada 206 tulang-temulang merupakan sani kejuruteraan yang ajaib dan amat menakjubkan. Ia adalah sistem sokongan kepada sruktur tubuh badan yang melindungi organ penitng seperti otak, jantung, paru-paru dan juga organ dalaman yang lain.

Segala tulang yang terbina dalam sistem rangka memiliki struktur yang istimewa. Ia dicipta dengan kemampuan dan kekuatan yang luar biasa. Contohnya, tulang paha dapat menampung beban seberat 1 tan (1000 kg) dalam kedudukan 90 darjah. Sesuatu yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya tulang paha memikul beban seberat 3 kali ganda berat badan pada setiap langkah.

Struktur dalaman tulang yang bersambung antara satu sama lain memiliki kemampuan pergerakan yang luar biasa. Ia umpama sistem perancah yang digunakan dalam binaan jambatan dan menara. Cuma sistem yang terdapat dalam tulang adalah lebih rumit berbanding rekaan manusia. Ia sangat kuat dan cukup ringan untuk digunakan dengan selesa. Manusia dapat bergerak bebas tanpa merasa sakit.

Selain itu, tulang juga bersifat anjal di bahagian tertentu. Ini bagi memudahkan ia dapat mengembangdan mengecut bagi pergerakan udara masuk ke dalam peparu dan keluar darinya. Struktur elastik tulang juga mengalami perubahan. Contohnyatulang pinggul wanita yang hamil akan melebar dan menjadi ranggang antara satu sama lain ketika menghampiri saat kelahiran. Ini adalah fenomena fisiologi yang menakjubkan kerana sewaktu proses kelahiran, renggangan ini dapat mengelakkan tekanan yang menghimpit kepala bayi ketika keluar dari rahim ibunya.

Firman Allah dalam Surah al-Baarah ayat 259 yang bermaksud "..dan lihatlah kepada tulang-tulang itu, bagaiman Kami menyusunnya kembalikemudian Kami menyalutnya dengan daging.."

Sahabat sekalian, sungguh ajaib ciptaan Allah ini, bukan? Jadi kita perlulah sentiasa menghargai dan berterima kasih kepada Allah atas nikmat kurniaan yang tidak terhingga.

Dipetik daripada : Pendidik : Tahun 21-Bil 91

Kawad Kaki Daerah

Pada 4 April 2009, Pertandingan Kawad kaki GO dan NGP sekolah2 daerah Jempol telah diadakan. SBPIJ telah menghantar 3 platun iatu Pandu Puteri, Pengakap, dan kadet Bomba.

Pada pertandingan itu, SBPIJ telah berjaya menduduki tempat kedua bagi kategori NGO lelaki (Pengakap), dan ketiga GO lelaki (Kadet Bomba). Semoga tahun depan semua kategori yang diwakili kan berjaya menbawa balik piala pusingan. InsyaAllah

Lama tak menulis

Ermm.. dah hampir 3 minggu tak update blog ni..sejak buka sekolah banyak program yang kena buat.. tulah jadi cikgu ni bukan je kena mengajar jer.. tapi banyak perkara lain yang kena buat, (sebahagian daripada tugas). namun, hanya para guru jer yang tahu tentang pekerjaan sebagai seorang guru ni..

but, still ada gak orang yg cakap kerja cikgu ni senang, masuk kul 7.30 pagi balik kul 2.30 ptg. tetapi kebanyakkan cikgu tak macam tu, masuk kul 7.30 pagi, balik plak kul 4.30 petang, malam tu ada plak yang datang balik buat kelas tambahan, demi untuk anak bangsa...bayaran takde, OT pun lagilah takde... tu lah pengorbanan guru yang orang lain tak nampak... kalau goverment servent yang lain..lebih je masa kerja boleh ambik OT..gaji pun boleh lebih laa coz leh claim OT..

kat sekolah, cikgu ni bekan je mengajar tapi kena gak jaga disiplin pelajar, bentuk pejar tu jadi baik..sebab kalau ada salah laku disiplin orang yang dipersalahkan dulu bukan orang lain, tapi cikgu yang kena..kalau setakat masuk kelas mengajar je memang laa senang..

sepanjang 3 minggu ni banyak dah hal ehwal kemasyarakatn berlaku kat malaysia ni..dengan kes buli pelajar(masalah disiplin)..pertukaran tampok pimpinan negara, dan macam2 lagi. kat sekolah ni pun banyak perkara yang berlaku..dengan beberapa program dah dijalankan antaranya majlis anugerah cemerlang dan hari usahawan muda.

next week plak sekolah ni jadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sembilan..ni lah kerja guru..bukan sahaja sebagai pengajar..............

Ranking SPM terkini

Sehingga pukul 9.00 malam 20 Mac 2009, ranking SPM bagi SBPI jempol dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh ialah di tempat yang ke-30 daripada 53 buah sekolah yang telah 'upload' data ke sbpexcellent (SBPI Kubang Pasu belum upload). Kedudukan ke-30 ini menunjukkan SBPIJ telah jatuh sebanyak 6 tangga barbanding SPM 2007 yang menduduki tempat ke-24. Walaupun Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat namun kedudukan telah jatuh. Bagi kalangan SBPI pula SBPIJ berada di tangga ke 8.

Berikut adalah merupakan ranking mengikut subjek:

Bahasa Malaysia (11/53), Bahasa Inggeris (13/53), Matematik (22/53), Matematik Tambahan (40/53), Fizik (20/53), Biologi (49/53), Kimia (51/53), Pendidikan Islam (33/50), Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah (2/14), Pengajian Syariah Islamiah (12/14), Lukisan kejuruteraan (4/26), Teknologi Kejuruteraan (15/26), Bahasa Arab Tinggi (6/14), Sejarah (4/53), English in Science and Technology (33/48).

Senyum Seindah Suria

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Senyumlah, Senyumlah A hai cik mek molek....

Belajar Meminta Maaf

Meminta maaf perlu sesuai dengan caranya. Untuk menjadikan permintaan maaf anda diterima dengan ikhlas, terdapat tiga perkara yang perlu anda lakukan:

1. Luahkan penyesalan anda, tunjukkan keikhlasan dengan tindakan. Berani memikul tanggungjawab akibat tindakan anda. 

2. Jangan membuat alasan untuk diri anda sendiri atau menyalahkan orang lain 

3. Cadangkan cara untuk memperbaiki kesalahan. Anda memang tidak dapat mengulang masa lalu, namun anda boleh mencuba untuk memperbaiki kesilapan yang telah terjadi. Berjanjilah anda akan melakukan sesuatu agar hal tersebut tidak akan berulang lagi.

Cubalah bersungguh-sungguh memaafkan

Sekiranya anda berani meminta maaf, anda juga harus berani memaafkan. Menerima permintaan maaf orang lain dengan hati yang ikhlas akan membuatkan hati anda lebih tenang. Lakukan perkara berikut :

- Harapan. Katakan pada orang yang meminta maaf tentang harapan anda terhadap dirinya. 

- Sabar. Anda perlu menerima dengan baik sekiranya situasi yang terjadi tidak seperti yang diharapkan.

- Ketegasan. Lakukan sesuatu yang bermanfaat untuk memperbaiki hubungan pada masa depan. Anda bolehlah mengajak teman yang pernah menyakiti anda untuk berbincang dan membuat persetujuan untuk ‘melupakan’ masa lalu. 

- Jangka panjang. Daripada anda terus mengingat-ingat kesalahan orang lain, lebih baik anda fokuskan diri untuk mencapai tujuan masa depan dengan lebih baik.

Keputusan SPM 2008 SBPI JEMPOL

Pada 12 Mac 2009, keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 telah diumumkan. Sehubungan itu, SBPIJ juga telah memperoleh keputusan tersebut.

Berdasarkan kepada keputusan yang telah dikeluarkan didapati pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) bagi Tahun 2008 telah meningkat sebanyak 0.03 kepada 2.25 berbanding 2.28 bagi SPM 2007. Segala titik peluh dan usaha dari semua guru yang mendidik secara langsung atau pun tidak, dan semangat yang tinggi dari semua pelajar telah meningkatkan pencapaian SPM bagi tahun 2008. Tahniah diucapkan kepada semua.

Bagi SPM 2008 seramai 20 orang pelajar telah mendapat semua A dalam setiap subjek yang diambil berbanding 11 orang pada tahun 2007.  Lebih menggembirakan tenaga pendidik di sini, seramai 5 orang daripada mereka telah mendapat semua gred 1A manakala selebihnya mendapat gred 1A dan 2A.

Selain itu terdapat beberapa subjek yang telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab Tinggi, Lukisan Kejuruteraan, Fizik, Pendidikan Al-Quran dan Assunnah dan EST.

Berikut Adalah Senarai Pelajar yang telah memperoleh semua A dalam subjek yang diambil:

1. Ahmad Shahir bin Mohamad Nazri --> 11(1A)

2. Muhammad Syafieq bin Mud Shukri --> 11(1A)

3. Siti Noraishah Fatimah bt A Aziz --> 10(1A)

4. Liyana bt Abdul Hamid --> 9(1A)

5. Siti Rohil bt Buran --> 9(1A)

6. Amir Ridhuan bin Abdul Kudus --> 9(1A) 2(2A)

7. Atiqah Shakira bt Azmy ---> 10(1A) 1(2A)

8. Azmil Putra bin Syafaruddin --> 7(1A) 2(2A)

9. Hanis Zahirah bt Zulkefeli ---> 9(1A) 1(2A)

10. Mohamad Firdaus bin Jaidin ---> 7(1A) 2(2A)

11. Mohd Aliff bin Ghazali ---> 7(1A) 3(2A)

12. Mohd Shahmi bin Shahirin --> 6(1A) 3(2A)

13. Muhammad Ashraf bin Abu Talib --> 10(1A) 1(2A)

14. Noor Zaljannah bt. Mohamad---> 10(1A) 1(2A)

15. Nor Adibah Aminah Mohd Amin --> 9(1A) 2(2A)

16. Noridalis bt Maxtar --> 8(1A) 1(2A)

17. Nur Ain binti Mohd Hanifah --> 6(1A) 4(2A)

18. Nursyaza Fatinah bt. Md. Yusoff --> 7(1A) 2(2A)

19. Nurul Hamizah bt. Ishak ---> 8(1A) 3(2A)

20. Nurul Izza bt. Kamar Noor ---> 8(1A) 1(2A)

Semoga Pencapaian SPM bagi tahun 2009 akan terus meningkat dan seterusnya menjulang nama SBPI Jempol di persada Tanah Air.

Info Rabiul Awwal

Pengertian  
   
  
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. 

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.  
   
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal  
   
  
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

dipetik daripada : http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/home.htm


Kejohanan Catur MSSMNS 2009

SBPI JEMPOL - Bermula pada 27 Februari hingga 1 Mac Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (SBPIJ) telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Catur MSSMNS bagi tahun 2009. Seramai 264 orang peserta terdiri daripada 88 orang pelajar sekolah rendah dan 176 orang pelajar sekolah menengah.

Kategori yang dipertandingkan adalah L12, P12, L15, P15, L18, dan P17. Setiap daerah yang menyertai kejohanan ini telah menghantar 4 orang wakil bagi daerah masing-masing. Perasmian penutup kejohanan initelah disempurnakan oleh Tuan Hamzah bin Abu, Ketua Sektor, Sektor Pegurusan Sekolah JPN NS.

Seramai 6 orang pemenang dari setiap ketegori telah dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Selangor pada 16 hingga 20 Mac ini.

Semua guru SBPIJ telah memberikan khidmat yang terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung. Seramai 2 orang pelajar SBPIJ juga telah layak untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan nanti. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan kejohanan catur mssmns kali ini.


10 Fakta untuk Otak dan Minda

1. Minda adalah hasil dari otak.

2. Ada mengatakan terdapat dua minda iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Tatapi sesetengah pendapat membawa tiga minda iaitu minda sedar, minda separa sedar dan minda super sedar. Pada saya kedua-duanya betul. Cuma bagi minda super sedar, ia membawa potensi minda pada tahap kejiwaaan atau kerohanian. Secara teknikalnya, ia adalah satu keadaaan di mana minda berada di atas tahap gelombang theta. Pada masa itu , minda akan terhubung dengan tahap “kuasa yang tertinggi”. Atau secara mudahnya, menghubungkan minda dengan “database” alam semesta. (kalau tak faham lagi, nanti saya huraikan dalam satu artikel)

3. Menurut Stephen Hawking, dalm teori Quantum terdapat sebanyak 1026 atau 100 juta billion zarah otak. Sel sarafnya sahaja berjumlah trillion sel.

4. Menyebut OTAK adalah maksudnya otak fizikal. Manakala Minda adalah hasil yang dijana dari OTAK. Otak mempunyai dua kerja besar. Satu kerja otak sebagai organ fizikal. Manakala satu lagi otak sabagai penjana kuasa Metafizik.

5. Struktur otak sangat kompleks. Tetapi selalu nya otak dirujuk mempunyai otak kiri dan otak kanan. Kalau mengira kita menggunakan otak kiri. Tetapi melukis atau menyanyi kita menggunakan otak kanan. Kedua-duanya sama penting. Otak yang kiri lebih bersifat minda sedar. Manakala otak kanan lebih mudah menjadi minda separa sedar. Kerana itu jika kita menonton cerita sambil mendengar lagu-lagu, kita mudah “terpukau” kerana otak sedang digunakan di otak kanan dan minda separa sedar mula terbuka.

6. Bagaimanapun, secara nuerologinya, tubuh sebelah kanan dikawal secara neoru oleh otak KIRI. Dan begitu pulah sebaliknya. (kerana itu orang yang mengalami strok pada otak kiri akan mengalami gangguan pada bahagian tubuh sebelah kanan)

7. Seawal umur kita di dalam kandungan hingga sekitar dua tahun, manusia dikuasai oleh minda separa sedar. Kerana itu, kanak-kanak mempunyai daya IMAGINASI dan FANTASI yang sangat tinggi. Mereka juag kerap tersenyum dan ketawa sendirian. Kerana hubungan minda mereka terakses pada minda separa dan supersedar.

8. Ramai yang tidak sedar yang kita hanya menyanjung kecerdasan Intelek (IQ) yang ada pada otak manusia. Tetapi sebenarnya, jika seorang itu hebat seperti M Nasir, ia juga mempunyai kecerdasan otak tetapi dipanggil kecerdasan musik (bunyian). Atau seperti seperti pelukis hebat Leonardo de vinci yang mempunyai kecerdasan bervisual.

9. Ramai menyangka kuasa minda adalah bawaan dari barat. Tetapi ilmuwan Islam tersohor iaitu Ibnu Sina pernah mengatakan; setiap manusia dikurniakan kekuatan berfikir yang terpendem. Bagaimanapun ia masih berbentuk potensi sahaja atau akal potensi (al-‘aql bi al-quwwah)

10. Ahli pengkaji Kekuatan Minda mengambarkan otak sebagai “mini alam semesta”. Bagaimana hebatnya dan luasnya alam semesta ini untuk dikaji, begitu juga besarnya potensi kehebatan otak yang masih diterokai oleh manusia. Jika alam mempunyai pokok-pokok, sungai, lembah, bukit dan sebagainya, otak pula mempunyai sel-sel saraf, pembuluh darah, sulkus, girus dan lain-lainnya. Malahan, jika alam semesta ini mempunyai hukum yang dipanggil Hukum Alam Semesta (Universal Law), otak juga mempunyai hukum yang dipanggil hukum kekuatan minda.

Hukum Merayakan Hari Valentine

Keinginan untuk ikut-ikutan memang ada dalam diri manusia, akan tetapi hal tersebut menjadi tercela dalam Islam apabila orang yang diikuti berbeda dengan kita dari sisi keyakinan dan pemikiran. Apalagi bila mengikuti dalam perkara akidah, ibadah, syi'ar dan kebiasaan. Padahal Rasulullah shallallahu ?alaihi wasallam telah melarang untuk mengikuti tata cara peribadatan selain Islam, artinya,
"Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut." (HR. At-Tirmidzi).

Valentine?s Day adalah salah satu contoh hari besar di luar Islam yang pada hari itu sebagian kaum muslimin ikut memperingatinya, terutama kalangan ramaja dan pemuda. Padahal Valentine -menurut salah satu versi sebuah ensiklopedi- adalah nama pendeta St. Valentine yang dihukum mati karena menentang Kaisar Claudius II yang merlarang pernikahan di kalangan pemuda. Oleh karena itu kiranya perlu dijelaskan kepada kaum muslimin mengenai hukum merayakan hari Valentine atau yang sering disebut sebagai hari kasih sayang.

Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata, "Memberikan ucapan selamat terhadap acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahwa perbuatan tersebut haram. Semisal memberi selamat atas hari raya dan puasa mereka, dengan mengucapkan, "Selamat hari raya!" dan sejenisnya. Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram. Berarti ia telah memberi selamat atas perbuatan mereka yang menyekutukan Allah subhanahu wata?ala. Bahkan perbuatan tersebut lebih besar dosanya di sisi Allah subhanahu wata?ala dan lebih dimurkai dari pada memberi selamat atas perbuatan minum khamar atau membunuh. Banyak orang yang terjerumus dalam suatu perbuatan tanpa menyadari buruknya perbuatan tersebut. Seperti orang yang memberi selamat kepada orang lain atas perbuatan maksiat, bid'ah atau kekufuran. Padahal dengan itu ia telah menyiapkan diri untuk mendapatkan kemarahan dan kemurkaan Allah subhanahu wata?ala."

Abu Waqid meriwayatkan, "Rasulullah shallallahu ?alaihi wasallam saat keluar menuju perang Khaibar, beliau melewati sebuah pohon milik orang-orang musyrik, yang disebut dengan Dzaatu Anwaath, biasanya mereka menggantungkan senjata-senjata mereka di pohon tersebut. Para sahabat Rasulullah shallallahu ?alaihi wasallam berkata, "Wahai Rasulullah, buatkan untuk kami Dzaatu Anwaath, sebagaimana mereka mempunyai Dzaatu Anwaath." Maka Rasulullah bersabda, "Maha Suci Allah, ini seperti yang diucapkan kaum Nabi Musa, 'Buatkan untuk kami tuhan sebagaimana mereka mempunyai tuhan-tuhan.' Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, sungguh kalian akan mengikuti kebiasaan orang-orang yang ada sebelum kalian." (HR. At-Tirmidzi, ia berkata, hasan shahih).

Syaikh Muhammad al-Utsaimin ketika ditanya tentang Valentine's Day mengatakan, "Merayakan hari Valentine itu tidak boleh, karena alasan berikut:
Pertama; ia merupakan hari raya bid'ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari'at Islam.
Kedua; ia dapat menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perkara rendahan seperti ini yang sangat bertentangan dengan petunjuk para salaf shalih (pendahulu kita) -semoga Allah meridhai mereka-. Maka tidak halal melakukan ritual hari raya, baik dalam bentuk makan-makan, minum-minum, berpakaian, saling tukar hadiah ataupun lainnya. Hendaknya setiap muslim merasa bangga dengan agamanya, tidak menjadi orang yang tidak mempunyai pegangan dan ikut-ikutan. Semoga Allah subhanahu wata?ala melindungi kaum muslimin dari segala fitnah (ujian hidup), yang tampak ataupun yang tersembunyi dan semoga meliputi kita semua dengan bimbingan-Nya."

Maka adalah wajib bagi setiap orang yang mengucapkan dua kalimat syahadat untuk melaksanakan wala' dan bara' (loyalitas kepada muslimin dan berlepas diri dari golongan kafir) yang merupakan dasar akidah yang dipegang oleh para salaf shalih. Yaitu mencintai orang-orang mu'min dan membenci dan menyelisihi orang-orang kafir dalam ibadah dan perilaku.

Di antara dampak buruk menyerupai mereka adalah: ikut mempopulerkan ritual-ritual mereka sehingga terhapuslah nilai-nilai Islam. Dampak buruk lainnya, bahwa dengan mengikuti mereka berarti memperbanyak jumlah mereka, mendukung dan mengikuti agama mereka, padahal seorang muslim dalam setiap raka'at shalatnya telah membaca ayat,artinya,
"Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah:6-7)

Bagaimana mungkin ia memohon kepada Allah subhanahu wata?ala agar ditunjukkan kepadanya jalan orang-orang yang mukmin dan dijauhkan darinya jalan golongan mereka yang sesat dan dimurkai, namun ia sendiri justru menempuh jalan sesat itu dengan sukarela.

Lain dari itu, mengekornya kaum muslimin terhadap gaya hidup mereka akan membuat mereka senang serta dapat melahirkan kecintaan dan keterikatan hati. Allah subhanahu wata?ala telah berfirman, yang artinya,
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebagian mereka adalah pemimpin bagi sebagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim." (al-Maidah:51)

Di dalam ayat lainnya, artinya,
"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya." (Al-Mujadilah: 22)

Ada seorang gadis mengatakan bahwa ia tidak mengikuti keyakinan mereka, hanya saja hari Valentine tersebut secara khusus memberikan makna cinta dan suka citanya kepada orang-orang yang memperingatinya.

Saudaraku!! Ini adalah suatu kelalaian, padahal sekali lagi: Perayaan ini adalah acara ritual agama lain! Hadiah yang diberikan sebagai ungkapan cinta adalah sesuatu yang baik, namun bila dikaitkan dengan pesta-pesta ritual agama lain dan tradisi-tradisi Barat, akan mengakibatkan seseorang terobsesi oleh budaya dan gaya hidup mereka.

Mengadakan pesta pada hari tersebut bukanlah sesuatu yang sepele, tapi lebih mencerminkan pengadopsian nilai-nilai Barat yang tidak memandang batasan normatif dalam pergaulan antara pria dan wanita sehingga saat ini kita lihat struktur sosial mereka menjadi porak-poranda.

Alhamdulillah, kita mempunyai pengganti yang jauh lebih baik dari itu semua, sehingga kita tidak perlu meniru dan menyerupai mereka. Di antaranya, bahwa dalam pandangan kita, seorang ibu mempunyai kedudukan yang agung, kita bisa mempersembahkan ketulusan dan cinta itu kepadanya dari waktu ke waktu, demikian pula untuk ayah, saudara, suami dst, tapi hal itu tidak kita lakukan khusus pada saat yang dirayakan oleh orang-orang kafir.

Semoga Allah subhanahu wata?ala senantiasa menjadikan hidup kita penuh dengan kecintaan dan kasih sayang yang tulus, yang menjadi jembatan untuk masuk ke dalam Surga yang hamparannya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang disebutkan dalam hadits qudsi, Allah subhanahu wata?ala berfirman yang artinya,
"Kecintaan-Ku adalah bagi mereka yang saling mencintai karena Aku, yang saling berkorban karena Aku dan yang saling mengunjungi karena Aku." (HR. Ahmad).(fatwa Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin)

Dari pembahasan di atas dapat disimpulkan sebagai berikut:

a.. Seorang muslim dilarang untuk meniru-niru kebiasan orang-orang di luar Islam, apalagi jika yang ditiru adalah sesuatu yang berkaitan dengan keyakinan, pemikiran dan adat kebiasaan mereka.


b.. Bahwa mengucapkan selamat terhadap acara kekufuran adalah lebih besar dosanya dari pada mengucapkan selamat kepada kemaksiatan seperti meminum minuman keras dan sebagainya.


c.. Haram hukumnya umat Islam ikut merayakan Hari Raya orang-orang di luar Islam.


d.. Valentine's Day adalah Hari Raya di luar Islam untuk memperingati pendeta St. Valentin yang dihukum mati karena menentang Kaisar yang melarang pernikahan di kalangan pemuda. Oleh karena itu tidak boleh ummat Islam memperingati hari Valentin's tersebut.
Sumber: ?Ada Apa dengan Valentine?s Day,? Al-Sofwa, dengan penambahan. (Kholif)


Netter Al-Sofwa yang dimuliakan Allah Ta'ala, Menyampaikan Kebenaran adalah kewajiban setiap Muslim. Kesempatan kita saat ini untuk berdakwah adalah dengan menyampaikan "Artikel Hukum valentine" kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahuinya.
Semoga Allah Ta'ala Membalas 'Amal Ibadah Kita. Aamiin

Dipetik daripada : http://www.mail-archive.com/jamaah@arroyyan.com/msg02442.html

Kejohanan Sukan SBPIJ 2009

Pada Hari Ini (14/02/2009) telah berlangsung Kejohanan Sukan SBPIJ kali ke-7. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu pada pukul 9.00 pagi. Acara pada hari ini telah dimulakan dengan perarakan masuk semua kontigen yang bertanding iaitu Thariq bin Ziad (Merah), Hamzah bin Abdul Mutalib (Hijau), Khalid Al-Walid(Biru) dan Usamah bin Zaid (Kuning).

Kemudian acara diteruskan dengan lari 400m, 4x100m, 4x100m jemputan dan 4x400m dan diakhiri dengan acara tarik tali. Semua pelajar telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang sukan ini berlangsung bermula sejak 10 februari yang lalu. Sepanjang Kejohanan ini berlangsung beberapa rekod kejohanan telah berjaya dipecahkan oleh para peserta yang menyertai pertandingan ini.

Keputusan akhir kejohanan mengikut kategori:

P18 - Rumah Hamzah

L18 - Rumah Khalid

L15 - Rumah Usamah

P15 - Rumah Usamah

Olahragawan Harapan - Zainul Ariff (Usamah)

Olahragawati Harapan - Siti Aminah (Khalid)

Olahragawan - Luqman (Khalid)

Olahragawati - Syarifah Yasmin (Hamzah)

Kedudukan Keseluruhan

1. Khalid

2. Usamah

3. Hamzah

4. Thariq

Semoga pada tahun hadapan kejohanan sukan akan lebih baik berbanding tahun ini.

Sebahagian gambar hari sukan.


Waspada Dengan 5F

Sesungguhnya bangsa Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan lain perkataan bangsa Yahudi ini mahu melihat ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.  

Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu sembahyang atau tidak, mampu pergi haji atau sebaliknya, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah orang-orang. Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah dan layak menjadi ahli neraka, oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka. 

Inilah yang difirmankan Allah SWT dalam al-Quran menerusi ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." 

Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya orang-orang Islam tergelincir daripada kebenaran Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, orang-orang Islam juga turut masuk neraka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad. 

F pertama ialah filem


Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja. 

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti "Akhirat", "Gubra", "Mukhsin", "Sepet", "Anak Halal", "KL Menjerit" dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah. 

F kedua ialah famili


Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup beba, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa. 

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut denagn sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna. 

F ketiga ialah fesyen

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata. 

F keempat ialah fun

F kelima ialah food
Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McCdonald dan lain-lain.

Pesanan Imam Hassan Al-Banna

IMAM Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di sebuah desa al-Mahmudiyyah dalam al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal oleh ketaatan ajaran dan nilai Islam. Keluarganya juga ulama yang dihormati. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal.

Imam Hassan al-Banna menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati. Melalui kepemimpinan dan didikannya, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini. Antara wasiat beliau yang terkenal ialah:


• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.

• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

• Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.

• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

• Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.


10 Ciri-ciri Peribadi Muslim



Marilah kita membina keperibadian kita sebagai satu individu yg benar-benar muslim mencakupi 10 sifat dan ciri peribadi muslim sebagaimana yg telah digariskan oleh Imam As-syahid Hassan Al-Banna:-

1. Aqidah yg Sejahtera

2. Ibadah yg sohih

3. Akhlak yg mantap

4. Berpengetahuan Luas

5.Memiliki tubuh badan yg sihat

6. Bermujahadah melawan hawa nafsu

7.Berdikari

8.Tersusun didalam urusan

9.Menepati masa

10.Bermanfaat utk orang lain.


Hanya peribadi pemuda dan pemudi yg memiliki ciri-ciri ini mampu menggalas bebanan menyeru manusia kembali kepada Allah…Ayuh! kita bina bersama dengan penuh keazaman dan kesungguhan serta saling nasihat menasihati.


Bulan Safar

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah. 

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu. 

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar. 

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah. 

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya: 

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.'' 

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

Batu Kikir - Seramai lebih kurang 70 orang pelajar Tingkatan 1 Sesi 2009 Ambilan 1 telah mendaftar di SBP Integrasi Jempol pada hari ini. 

Sesi pendaftaran telah bermula pada pukul 9.00 pagi di Ruang Legar (dewan Terbuka) SBPI Jempol. Pendaftaran telah bermula dengan mendapatkan tempat penginapan (asrama), rumah sukan, kelas dan pembelian barang keperluan di Koperasi Sekolah.

Setelah selesai sese pendaftaran, pelajar baru dan ibu bapa telah diberikan sedikit taklimat dan pengenalan sekolah yang telah disampaikan oleh tn. Hj. Mukhtar selaku GPK HEM SBPIJ. Sesi taklimat telah berakhir pada pukul 12.30 tghri.

Kemudian, penjaga dibenarkan untuk bersama dengan anak masing2 sehingga pukul 5.00 petang untuk menguruskan hal-hal yang belum diselesaikan. Bermula jam 5.00 ptg, pelajar-pelajar Ting. 1 telah memulakan program orientasi di SBPIJ yang dijangka berlangsung selama 2 minggu.

Semoga Pelajar yang baru mendaftar akan terus gembira berada di SBPIJ dan seterusnya dapat mencapai kejayaan yang gemilang. InsyaALLAH.

SELAMATKAN MASJID AL-AQSA

Masjid Al-Aqsa adalah merupakan masjid yang ketiga mulia bagi umat Islam, selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Masjidil Haram terletak di Mekah, masjidil Nabawi di Madinah manakala Masjid Al-Aqsa terletak di bumi Palestin.

Hari ini sudah lebih 2 minggu, Negara Palestin atau lebih fokus kawasan Gaza telah diserang oleh puak Yahudi Laknatullah. Namun masih ramai dalam kalangan umat Islam yang masih belum sedar akan nasib yang menimpa Umat Islam di Gaza disebabkan pencabulan yang dilakukan oleh bangsa Israil. Lupakah kita di Negara tersebut terdapat sebuah masjid yang pernah menjadi tempat persinggahan Rasullulah sewaktu peristiwa Isra’wal Mi’raj.

Golongan Yahudi Laknatullah merupakan satu bangsa yang sangat sombong dan angkuh. Ianya telah terbukti sejak zaman Nabi Musa, Nabi Harun, dan Nabi Isa. Mereka merasakan merekalah kaum yang sangat mulia di sisi Allah, tetapi tidak. Merekalah kaum yang sangat dimurkai Allah. Mereka menjadikan peperngan ini sebagai medan untuk mereka menunjukkkan kekuasaan mereka sehinggakan US yang mengaggap diri mereka sebagai POLIS dunia tidak boleh berbuat apa-apa, malah tunduk dengan kemahuan Yahudi Laknatullah.

Pencerobohan Israel ke atas tanah Palestin telah bermula sejak tahun 1948 lagi. Sudah banyak perkara dan kelakuan kebinatangan yang telah dilakukan oleh kaum yahudi ini terhadap Orang Islam di Palestin. Sudah banyak siri peperangan dan pengeboman berlaku sejak 60 tahun yang lalu. Semuanya demi untuk menawan sebuah kawasan yang terletaknya Masjid Al-Aqsa. Perlakuan mereka ini sehingga sanggup membuat sebuat terowong di bawah Masjidil Aqsa dengan tujuan supaya Masjidil Aqsa tersebut runtuh dan roboh dengan semulajadi dan bukan disebabkan perbuatan laknat yang dilakukan oleh puak Laknatullah tersebut.

Jadi wahai umat Islam sekalian, marilah kita bersatu, menentang musuh yang sangat sombong dan angkuh ini. Berdoalah kita agar umat ISLAM di Palestin diberi semangat yang kuat untuk menentang musuh Islam dan semoga mereka mati dalam keadaan mati syahid. ALLAHUAKBAR!!!!!

uKhUWwAh sEjAti

Kita ingin segalanya indah
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Berseri ukhuwah dipupuk kasih

Kita rindukan kasih sayang
Untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjalanan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan

Demi perjuangan perlu satu hati
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesama


Sekolah sudah bermula

Semalam telah bermula sesi persekolahan bagi tahun 2009. Bagi pelajar2 tingktan 2,3 4 dan 5 SBPIJ, mereka telah mendaftar masuk ke asrama dan sekolah pada hari Ahad lagi. maklum la duduk asrama kena datang awal sehari laa.
Perhimpunan pertama telah diadakan di dewan yang bari renovate, 2 orang guru baru telah mula bertugas dan seorang guru yang sambung belajar telah datang kembali ke SBPIJ. semuanya perempuan. 2 orang guru perempuan juga telah dapat bertukar kerana mengikut suami masing2.
Semua kakitangan di Negeri Sembilan sekarang diarahkan memakai songkok berlilitkan kain putih bagi lelaki dan tudung berwarna hitam bagi perempuan Islam selama 40 hari sehingga 4 Februari sempena Kemangkatan DYMM YDP Negeri Sembilan pada 27 Disember 2008 yang lepas.
Pelajar2 tingkatan 1 akan mendaftar pada 12 Januari 2008. aku telah dilantik menjadi AJK Peralatan, sama macam tahun lepas gak..ok laa lagi pun awal2 ni aku free lagi just ada 3 kelas tingkatan 5 sahaja. pelajar tingkatan 4 yang aku ajar belum register lagi, may be awal bulan Februari baru diorang daftar.
ermm cukuplah dulu lain kali kalau berkesempatan boleh laa manaip lagi.