Kejohanan Padang dan Balapan SBPI Jempol 2010

Pada 28 Okt. 2010 telah berlangsung acara akhir bagi Kejohanan Padang dan Balapan SBPIJ 2010 bagi kali ke-8. Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh En. Mutakkal (PPD JJ) mewakili Ketua Sektor JPN. Majlis perasmian dan perbarisan telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir 45 minit kemudian.

Selepas acara perasmian dilangsungkan, acara diteruskan dengan lari pecut 200m, lari berganti-ganti 4x100m, lari berganti-ganti 4x400m dan tarik tali. Selain itu, acara guru juga telah dilangsungkan iaitu acara 60m lari pecut bagi guru lelaki.

Antara keputusan yang diperoleh sepanjang Kejohanan Padang dan Balapan ini berjalan adalah seperti berikut:

Johan Keseluruhan Mengikut Kategori :
1. Lelaki 15 -- Usamah
2. Perempuan 15 -- Hamzah
3. Lelaki 18 -- Hamzah
4. Perempuan 18 -- Hamzah

Olahragawan, olahragawati, olahragawan harapan dan olahragawati harapan pula ialah:

1. Olahragawan -- Mohd Zainul Arif (Usamah)
2. Olahragawati -- Nor Nadilah (Usamah)
3. Olahragawan harapan -- Wan Muhd Amirul (Usamah)
4. Olahragawati Harapan -- Nik Nur Azaharah (Hamzah)

Pemenang Keseluruhan pula ialah:

1. Hamzah(Hijau)
2. Usamah (Kuning)
3. Khalid (Biru)
4. Thariq(Merah)

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan kejohanan padang dan balapan pada tahun ini. Semoga kejayaan yang dicapai oleh pelajar dalam kejohanan ini akan menaikkan imej SBPIJ dalam arena sukan bukan sahaja di daerah Jempol Jelebu malah ke peringkat yang lebih tinggi.

Ucapan Perasmian Oleh En Mutakkal

Bacaan Ikrar


Perbarisan Rumah Hamzah

Perbarisan Rumah Khalid

Perbarisan Rimah Usamah

Perbarisan Rumah Thariq

Penyokong Hamzah

Penyokong Usamah

Penyokong Thariq dan Khalid

Lawatan Penanda Arasan ke SAMURA

Pada 27 Oktober seramai 5 orang guru dari SBPI Jempol telah menyertai lawatan Penandaarasan Akademik ke Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA). Antara objektif lawatan ini adalah untuk :

1) Mempelajari teknik dan kaedah meningkatkan pencapaian pelajar yang lemah dan sederhana serta mengekalkan kecemelangan pelajar yang cemerlang.
2) Meneliti, mengkaji dan berkongsi modul yang digunakan bagi ketiga-tiga aras pencapaian pelajar.
3) Persediaan selain akademik oleh pentadbiran, guru, pelajar dan PIBG bagi menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan yang kian tiba.

Guru yang terlibat dengan Lawatan Penandaarasan ke SAMURA ialah:
1. Tn. Hj. Kamarularipin bin Jaafar (PK 1)

2. En.Mohd Saifunizam bin Zakaria (Fizik)
3. Cik Syamimah bt. Abd. Manaf (Pendidikan Islam)
4. Cik Siti Rosshida bt. Osman (Kimia)
5. Pn. Fairose (Teknologi Kejuruteraan)

Dalam lawatan ini guru-guru yang terlibat telah sama-sama berkongsi idea dan aktiviti yang booleh dilaksanakan oleh kedua-dua buah sekolah mengikut bidang masing. Lawatan yang bermula jam 10.00 pagi telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari.


Semoga Lawatan ini memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

Guru-guru yang menyertai lawatan bergambar bersama Pengetua dan Penolong Kanan 1 SAMURA di Bilik Pengetua

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpamanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

dipetik dari laman web : http://www.iluvislam.com/pendidikan/tips-belajar/922-petua-menjadi-pelajar-cemerlang-menurut-al-quran.html

10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

dipetik daripada : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/986-10-tips-mewujudkan-keyakinan-diri.html