Kejohanan Merentas Desa 2011

Pada 26 Januari 2011, telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa SBPI Jempol bagi Tahun 2011. Kejohanan telah bermula pada pukul 8.00 pagi. Keadaan cuaca sebelum bermula kejohanan adalah mendung dan dingin. Kejohanan dimulakan dengan melepaskan bagi peserta Lelaki 18, diikuti Perempuan 18, perempuan 15 dan lelaki 15. Jarak larian bagi kategori L18 ialah sejauh 8 km, manakala bagi kategori P18, P15 dan L15 ialah sejauh 6.5 km.

Semasa kejohanan berlangsung lebih kurang 10 minit, hujan telah turun mengiringi peserta larian sehingga tamat kejohanan. keadaan hujan ini menyebabkan keadaan trek agak licin, namun tiada kemalangan yang tidak diingini berlaku. Kejohanan tamat pada jam 9.15 pagi. Pada pukul 10.30 pagi acara penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan HAMKA al-kubra. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh pihak pengurusan SBPIJ.

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

Johan kumpulan Kategori L15 : USAMAH
Johan kumpulan Kategori P15 : KHALID
Johan kumpulan Kategori L18 : USAMAH
Johan kumpulan Kategori P18 : HAMZAH
JOHAN KESELURUHAN : HAMZAH


Barisan Guru yang Komited...walaupun terpaksa berhujan
Pemenang kategori lelaki bersama pihak pengurusan

peserta perempuan yang berjaya bergambar bersama pihak pentadbir
Semoga SBPIJ terus Gemilang!!!!!

PELANCARAN HEADCOUNT PELAJAR 2011

Pelancaran Headcount Pelajar 2011 telah diadakan pada 12 Januari 2011 di Dewan Hamka al-Kubra. Pelancaran ini dirasmikan oleh Puan Pengetua SBPIJ Puan Hajah Zainun binti Abdullah. Penceramah headcount terdiri dari gabungan Guru Penolong Kanan, Tuan haji Kamarularipin bin Jaffar selaku Timbalan pengerusi dan Encik Mohd Saifunizam bin Zakaria selaku Setiausaha jawatankuasa headcount sekolah. Headcount bermaksud tindakan mengira murid dalam kumpulan yang khusus. Ia juga merupakan proses mengenal pasti potensi akademik murid.

Objektif headcount (Penyediaan Buku Prestasi Diri) adalah untuk :-
- Menyatakan kepentingan headcount dalam mengesan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
- Menjelaskan penggunaan borang, rekod, graf dan maklumat pencapaian murid.
- Menanamkan kesedaran kepada murid bahawa mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pencapaian akademik masing-masing.

Seluruh warga SBPIJ iaitu pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 serta para guru terlibat dalam program ini. Selain itu, kepentingan headcount adalah untuk:
- Memantau pencapaian murid secara berfokus mengikut mata pelajaran, kelas dan individu.
- Membantu guru / murid mengenal pasti potensi akademik setiap pelajar / diri sendiri.
- Dapatan headcount digunakan untuk melakukan postmortem dengan lebih berfokus – merancang strategi yang lebih sesuai, proaktif dan ampuh.
- Dalam bilik darjah , maklumat headcount membantu guru mata pelajaran membuat diagnosis yang lebih tepat mengenai kelemahan murid.
- Menyenaraikan dan menetapkan unjuran (ramalan) pencapaian mata pelajaran murid.
- Mengenal pasti dan menentukan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi murid.
- Pendekatan guru mengajar akan lebih terancang dan mudah dengan melihat kelemahan murid.

Guru-guru SBPIJ turut bertindak sebagai fasilitator kepada para pelajar bagi membantu mereka membuat headcount pada buku graf masing-masing. Program seperti ini diharapkan dapat membantu murid lebih fokus kepada akademik dan sekali gus meningkatkan pencapaian prestasi SBPIJ di persada negara dan antarabangsa.

Diskusi bersama PK1

Ucapan Pelancaran daripada Puan Pengetua
 
Barisan Pelajar Perempuan

Taklimat Headcount oleh PK1

Taklimat Penyediaan Buku Headcount Pelajar

Barisan Guru (Fasilitator lelaki)


Fasi yang komited

tunjuk ajar daripada fasi

Pelajar tekun menyediakan graf headcount kendiri


Hands-on