PELANCARAN HEADCOUNT PELAJAR 2011

Pelancaran Headcount Pelajar 2011 telah diadakan pada 12 Januari 2011 di Dewan Hamka al-Kubra. Pelancaran ini dirasmikan oleh Puan Pengetua SBPIJ Puan Hajah Zainun binti Abdullah. Penceramah headcount terdiri dari gabungan Guru Penolong Kanan, Tuan haji Kamarularipin bin Jaffar selaku Timbalan pengerusi dan Encik Mohd Saifunizam bin Zakaria selaku Setiausaha jawatankuasa headcount sekolah. Headcount bermaksud tindakan mengira murid dalam kumpulan yang khusus. Ia juga merupakan proses mengenal pasti potensi akademik murid.

Objektif headcount (Penyediaan Buku Prestasi Diri) adalah untuk :-
- Menyatakan kepentingan headcount dalam mengesan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
- Menjelaskan penggunaan borang, rekod, graf dan maklumat pencapaian murid.
- Menanamkan kesedaran kepada murid bahawa mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pencapaian akademik masing-masing.

Seluruh warga SBPIJ iaitu pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 serta para guru terlibat dalam program ini. Selain itu, kepentingan headcount adalah untuk:
- Memantau pencapaian murid secara berfokus mengikut mata pelajaran, kelas dan individu.
- Membantu guru / murid mengenal pasti potensi akademik setiap pelajar / diri sendiri.
- Dapatan headcount digunakan untuk melakukan postmortem dengan lebih berfokus – merancang strategi yang lebih sesuai, proaktif dan ampuh.
- Dalam bilik darjah , maklumat headcount membantu guru mata pelajaran membuat diagnosis yang lebih tepat mengenai kelemahan murid.
- Menyenaraikan dan menetapkan unjuran (ramalan) pencapaian mata pelajaran murid.
- Mengenal pasti dan menentukan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi murid.
- Pendekatan guru mengajar akan lebih terancang dan mudah dengan melihat kelemahan murid.

Guru-guru SBPIJ turut bertindak sebagai fasilitator kepada para pelajar bagi membantu mereka membuat headcount pada buku graf masing-masing. Program seperti ini diharapkan dapat membantu murid lebih fokus kepada akademik dan sekali gus meningkatkan pencapaian prestasi SBPIJ di persada negara dan antarabangsa.

Diskusi bersama PK1

Ucapan Pelancaran daripada Puan Pengetua
 
Barisan Pelajar Perempuan

Taklimat Headcount oleh PK1

Taklimat Penyediaan Buku Headcount Pelajar

Barisan Guru (Fasilitator lelaki)


Fasi yang komited

tunjuk ajar daripada fasi

Pelajar tekun menyediakan graf headcount kendiri


Hands-on

0 Response to "PELANCARAN HEADCOUNT PELAJAR 2011"