Pada 28 Okt. 2010 telah berlangsung acara akhir bagi Kejohanan Padang dan Balapan SBPIJ 2010 bagi kali ke-8. Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh En. Mutakkal (PPD JJ) mewakili Ketua Sektor JPN. Majlis perasmian dan perbarisan telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir 45 minit kemudian.
Selepas acara perasmian dilangsungkan, acara diteruskan dengan lari pecut 200m, lari berganti-ganti 4x100m, lari berganti-ganti 4x400m dan tarik tali. Selain itu, acara guru juga telah dilangsungkan iaitu acara 60m lari pecut bagi guru lelaki.
Antara keputusan yang diperoleh sepanjang Kejohanan Padang dan Balapan ini berjalan adalah seperti berikut:
Johan Keseluruhan Mengikut Kategori :
1. Lelaki 15 -- Usamah
2. Perempuan 15 -- Hamzah
3. Lelaki 18 -- Hamzah
4. Perempuan 18 -- Hamzah
Olahragawan, olahragawati, olahragawan harapan dan olahragawati harapan pula ialah:
1. Olahragawan -- Mohd Zainul Arif (Usamah)
2. Olahragawati -- Nor Nadilah (Usamah)
3. Olahragawan harapan -- Wan Muhd Amirul (Usamah)
4. Olahragawati Harapan -- Nik Nur Azaharah (Hamzah)
Pemenang Keseluruhan pula ialah:
1. Hamzah(Hijau)
2. Usamah (Kuning)
3. Khalid (Biru)
4. Thariq(Merah)
Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan kejohanan padang dan balapan pada tahun ini. Semoga kejayaan yang dicapai oleh pelajar dalam kejohanan ini akan menaikkan imej SBPIJ dalam arena sukan bukan sahaja di daerah Jempol Jelebu malah ke peringkat yang lebih tinggi.
| Ucapan Perasmian Oleh En Mutakkal |
| Bacaan Ikrar |
| Perbarisan Rumah Hamzah |
| Perbarisan Rumah Khalid |
| Perbarisan Rimah Usamah |
| Perbarisan Rumah Thariq |
| Penyokong Hamzah |
| Penyokong Usamah |
| Penyokong Thariq dan Khalid |







0 Response to "Kejohanan Padang dan Balapan SBPI Jempol 2010"
Post a Comment