Ranking SPM terkini

Sehingga pukul 9.00 malam 20 Mac 2009, ranking SPM bagi SBPI jempol dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh ialah di tempat yang ke-30 daripada 53 buah sekolah yang telah 'upload' data ke sbpexcellent (SBPI Kubang Pasu belum upload). Kedudukan ke-30 ini menunjukkan SBPIJ telah jatuh sebanyak 6 tangga barbanding SPM 2007 yang menduduki tempat ke-24. Walaupun Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat namun kedudukan telah jatuh. Bagi kalangan SBPI pula SBPIJ berada di tangga ke 8.

Berikut adalah merupakan ranking mengikut subjek:

Bahasa Malaysia (11/53), Bahasa Inggeris (13/53), Matematik (22/53), Matematik Tambahan (40/53), Fizik (20/53), Biologi (49/53), Kimia (51/53), Pendidikan Islam (33/50), Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah (2/14), Pengajian Syariah Islamiah (12/14), Lukisan kejuruteraan (4/26), Teknologi Kejuruteraan (15/26), Bahasa Arab Tinggi (6/14), Sejarah (4/53), English in Science and Technology (33/48).

Senyum Seindah Suria

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Senyumlah, Senyumlah A hai cik mek molek....

Belajar Meminta Maaf

Meminta maaf perlu sesuai dengan caranya. Untuk menjadikan permintaan maaf anda diterima dengan ikhlas, terdapat tiga perkara yang perlu anda lakukan:

1. Luahkan penyesalan anda, tunjukkan keikhlasan dengan tindakan. Berani memikul tanggungjawab akibat tindakan anda. 

2. Jangan membuat alasan untuk diri anda sendiri atau menyalahkan orang lain 

3. Cadangkan cara untuk memperbaiki kesalahan. Anda memang tidak dapat mengulang masa lalu, namun anda boleh mencuba untuk memperbaiki kesilapan yang telah terjadi. Berjanjilah anda akan melakukan sesuatu agar hal tersebut tidak akan berulang lagi.

Cubalah bersungguh-sungguh memaafkan

Sekiranya anda berani meminta maaf, anda juga harus berani memaafkan. Menerima permintaan maaf orang lain dengan hati yang ikhlas akan membuatkan hati anda lebih tenang. Lakukan perkara berikut :

- Harapan. Katakan pada orang yang meminta maaf tentang harapan anda terhadap dirinya. 

- Sabar. Anda perlu menerima dengan baik sekiranya situasi yang terjadi tidak seperti yang diharapkan.

- Ketegasan. Lakukan sesuatu yang bermanfaat untuk memperbaiki hubungan pada masa depan. Anda bolehlah mengajak teman yang pernah menyakiti anda untuk berbincang dan membuat persetujuan untuk ‘melupakan’ masa lalu. 

- Jangka panjang. Daripada anda terus mengingat-ingat kesalahan orang lain, lebih baik anda fokuskan diri untuk mencapai tujuan masa depan dengan lebih baik.

Keputusan SPM 2008 SBPI JEMPOL

Pada 12 Mac 2009, keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 telah diumumkan. Sehubungan itu, SBPIJ juga telah memperoleh keputusan tersebut.

Berdasarkan kepada keputusan yang telah dikeluarkan didapati pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) bagi Tahun 2008 telah meningkat sebanyak 0.03 kepada 2.25 berbanding 2.28 bagi SPM 2007. Segala titik peluh dan usaha dari semua guru yang mendidik secara langsung atau pun tidak, dan semangat yang tinggi dari semua pelajar telah meningkatkan pencapaian SPM bagi tahun 2008. Tahniah diucapkan kepada semua.

Bagi SPM 2008 seramai 20 orang pelajar telah mendapat semua A dalam setiap subjek yang diambil berbanding 11 orang pada tahun 2007.  Lebih menggembirakan tenaga pendidik di sini, seramai 5 orang daripada mereka telah mendapat semua gred 1A manakala selebihnya mendapat gred 1A dan 2A.

Selain itu terdapat beberapa subjek yang telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab Tinggi, Lukisan Kejuruteraan, Fizik, Pendidikan Al-Quran dan Assunnah dan EST.

Berikut Adalah Senarai Pelajar yang telah memperoleh semua A dalam subjek yang diambil:

1. Ahmad Shahir bin Mohamad Nazri --> 11(1A)

2. Muhammad Syafieq bin Mud Shukri --> 11(1A)

3. Siti Noraishah Fatimah bt A Aziz --> 10(1A)

4. Liyana bt Abdul Hamid --> 9(1A)

5. Siti Rohil bt Buran --> 9(1A)

6. Amir Ridhuan bin Abdul Kudus --> 9(1A) 2(2A)

7. Atiqah Shakira bt Azmy ---> 10(1A) 1(2A)

8. Azmil Putra bin Syafaruddin --> 7(1A) 2(2A)

9. Hanis Zahirah bt Zulkefeli ---> 9(1A) 1(2A)

10. Mohamad Firdaus bin Jaidin ---> 7(1A) 2(2A)

11. Mohd Aliff bin Ghazali ---> 7(1A) 3(2A)

12. Mohd Shahmi bin Shahirin --> 6(1A) 3(2A)

13. Muhammad Ashraf bin Abu Talib --> 10(1A) 1(2A)

14. Noor Zaljannah bt. Mohamad---> 10(1A) 1(2A)

15. Nor Adibah Aminah Mohd Amin --> 9(1A) 2(2A)

16. Noridalis bt Maxtar --> 8(1A) 1(2A)

17. Nur Ain binti Mohd Hanifah --> 6(1A) 4(2A)

18. Nursyaza Fatinah bt. Md. Yusoff --> 7(1A) 2(2A)

19. Nurul Hamizah bt. Ishak ---> 8(1A) 3(2A)

20. Nurul Izza bt. Kamar Noor ---> 8(1A) 1(2A)

Semoga Pencapaian SPM bagi tahun 2009 akan terus meningkat dan seterusnya menjulang nama SBPI Jempol di persada Tanah Air.

Info Rabiul Awwal

Pengertian  
   
  
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. 

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.  
   
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal  
   
  
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

dipetik daripada : http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/home.htm


Kejohanan Catur MSSMNS 2009

SBPI JEMPOL - Bermula pada 27 Februari hingga 1 Mac Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (SBPIJ) telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Catur MSSMNS bagi tahun 2009. Seramai 264 orang peserta terdiri daripada 88 orang pelajar sekolah rendah dan 176 orang pelajar sekolah menengah.

Kategori yang dipertandingkan adalah L12, P12, L15, P15, L18, dan P17. Setiap daerah yang menyertai kejohanan ini telah menghantar 4 orang wakil bagi daerah masing-masing. Perasmian penutup kejohanan initelah disempurnakan oleh Tuan Hamzah bin Abu, Ketua Sektor, Sektor Pegurusan Sekolah JPN NS.

Seramai 6 orang pemenang dari setiap ketegori telah dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Selangor pada 16 hingga 20 Mac ini.

Semua guru SBPIJ telah memberikan khidmat yang terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung. Seramai 2 orang pelajar SBPIJ juga telah layak untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan nanti. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan kejohanan catur mssmns kali ini.