SALAM MAALHIJRAH 1430H

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 1429 Hijrah akan meninggalkan kita. Apakah yang telah kita lakukan selama 356 hari berada dalam tahun 1429H ini. Bersama-samalah kita bermuhasabah.

Pada kesempatan ini, saya seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutamanya kepada sahabat-sahabiah yang mengenali kami.

Hijrah atau perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah merupakan satu titik sejarah yang amat besar ertinya ke atas perkembangan Islam dan juga kekuatan umatnya. Peristiwa Hijrah juga mengajar kita supaya bersedia menghadapi sebarang cabaran atau kemungkinan, dan dengan itu berusaha supaya kemungkinan sesuatu peristiwa buruk tidak berlaku. 

Eloklah kita memperbaharui azam kita untuk memperbaiki dan mengubah nasib kita ke arah yang lebih baik, ke arah kemajuan, kejayaan dan yang amat penting ketaatan kita kepada Allah dan rasul kita. 

Sempena sambutan peristiwa Hijrah ini juga, marilah kita bersama-sama memperkuatkan perpaduan dan mengembleng tenaga menjalankan kewajipan. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga perjuangan kita akan sentiasa diberkati dan dilindungiNya

Wassalam

0 Response to "SALAM MAALHIJRAH 1430H"