
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Lirik Lagu Maal Hijrah 1 Muharram
Doa Awal Tahun:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
SBPIJ, 11 Nov 2010 - Telah berlangsung Majlis Anugerah Kokurikulum dan HEM 2010 bertempat di Dewan HAMKA Al-Kubra, SBPI Jempol. Majlis ini telah bermula pada pukul 8.30 malam.Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Shamsulkahar bin Mohd Deli, ADUN kawasan Serting merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi N. Sembilan serta Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Majlis ini juga turut dihadiri NYDP PIBG, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu, Pengetua Cemerlang Kolej Tunku Kursiah serta AJK PIBG.
Majlis ini diadakan bertujuan;
1. Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang mempamerkan kecemerlangan dalam bidang Kokurikulum dan HEM sepanjang 2010.
2. Mengiktiraf jasa guru yang telah memberi sumbangan dalam menaikkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum serta
3. Menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar.
Antara anugerah yang telah disampaikan pada majlis ini ialah;
1. Anugerah Full Colours
2. Anugerah Tokoh Kokurikulum
3. Anugerah Sukan
4. Anugerah Badan Beruniform
5. Anugerah Kelab dan Persatuan
6. Anugerah Rumah Terbaik
7. Anugerah Tokoh Hal Ehwal Pelajar
serta Anugerah-anugerah kepada pemimpin pelajar.
Anugerah Full Colours SBPI Jempol 2010
Lelaki - Nuruddin Azri bin Zulkafali
Perempuan - Nurul Farhana binti Selamat
Anugerah Tokoh Kokurikulum
Lelaki - Hafizuddin Faiz bin Kamarudzaman
Perempuan - Ummu Nazihah Mohd Ariffin
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada semua guru dan pihak yang terlibat dengan Majlis Anugerah Kokurikulum dan HEM 2010.
Backdrop Majlis |
antara guru yang hadir dan pelajar yang menerima anugerah |
Barisan Tetamu Kehormat |
YB Shamsulkahar Mohd Deli menyampaikan ucapan Perasmian |
barisan penerima anugerah |
Penerima Anugerah Full Colours dan Tokoh Kokurikulum |
Pada 28 Okt. 2010 telah berlangsung acara akhir bagi Kejohanan Padang dan Balapan SBPIJ 2010 bagi kali ke-8. Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh En. Mutakkal (PPD JJ) mewakili Ketua Sektor JPN. Majlis perasmian dan perbarisan telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir 45 minit kemudian.
Selepas acara perasmian dilangsungkan, acara diteruskan dengan lari pecut 200m, lari berganti-ganti 4x100m, lari berganti-ganti 4x400m dan tarik tali. Selain itu, acara guru juga telah dilangsungkan iaitu acara 60m lari pecut bagi guru lelaki.
Antara keputusan yang diperoleh sepanjang Kejohanan Padang dan Balapan ini berjalan adalah seperti berikut:
Johan Keseluruhan Mengikut Kategori :
1. Lelaki 15 -- Usamah
2. Perempuan 15 -- Hamzah
3. Lelaki 18 -- Hamzah
4. Perempuan 18 -- Hamzah
Olahragawan, olahragawati, olahragawan harapan dan olahragawati harapan pula ialah:
1. Olahragawan -- Mohd Zainul Arif (Usamah)
2. Olahragawati -- Nor Nadilah (Usamah)
3. Olahragawan harapan -- Wan Muhd Amirul (Usamah)
4. Olahragawati Harapan -- Nik Nur Azaharah (Hamzah)
Pemenang Keseluruhan pula ialah:
1. Hamzah(Hijau)
2. Usamah (Kuning)
3. Khalid (Biru)
4. Thariq(Merah)
Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan kejohanan padang dan balapan pada tahun ini. Semoga kejayaan yang dicapai oleh pelajar dalam kejohanan ini akan menaikkan imej SBPIJ dalam arena sukan bukan sahaja di daerah Jempol Jelebu malah ke peringkat yang lebih tinggi.
Ucapan Perasmian Oleh En Mutakkal |
Bacaan Ikrar |
Perbarisan Rumah Hamzah |
Perbarisan Rumah Khalid |
Perbarisan Rimah Usamah |
Perbarisan Rumah Thariq |
Penyokong Hamzah |
Penyokong Usamah |
Penyokong Thariq dan Khalid |
Pada 27 Oktober seramai 5 orang guru dari SBPI Jempol telah menyertai lawatan Penandaarasan Akademik ke Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA). Antara objektif lawatan ini adalah untuk :
1) Mempelajari teknik dan kaedah meningkatkan pencapaian pelajar yang lemah dan sederhana serta mengekalkan kecemelangan pelajar yang cemerlang.
2) Meneliti, mengkaji dan berkongsi modul yang digunakan bagi ketiga-tiga aras pencapaian pelajar.
3) Persediaan selain akademik oleh pentadbiran, guru, pelajar dan PIBG bagi menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan yang kian tiba.
Guru yang terlibat dengan Lawatan Penandaarasan ke SAMURA ialah:
1. Tn. Hj. Kamarularipin bin Jaafar (PK 1)
2. En.Mohd Saifunizam bin Zakaria (Fizik)
3. Cik Syamimah bt. Abd. Manaf (Pendidikan Islam)
4. Cik Siti Rosshida bt. Osman (Kimia)
5. Pn. Fairose (Teknologi Kejuruteraan)
Dalam lawatan ini guru-guru yang terlibat telah sama-sama berkongsi idea dan aktiviti yang booleh dilaksanakan oleh kedua-dua buah sekolah mengikut bidang masing. Lawatan yang bermula jam 10.00 pagi telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari.
Semoga Lawatan ini memberi manfaat kepada kedua belah pihak.
1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
dipetik daripada : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/986-10-tips-mewujudkan-keyakinan-diri.html
Sejak kebelakangan ini, sering kedengaran berkaitan Fahaman Wahabi dalam kalangan pelajar di sini. Jadi saya suka untuk berkongsi sedikit info yang diambil dari http://buluh.iluvislam.com/?p=41 berkaitan ciri-ciri ringkas fahaman wahabi sebagai panduan dan informasi.
Dari Sudut AQIDAH:
01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.
02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.
04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.
05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.
06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).
07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.
Dari Sudut FIQH:
01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.
02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.
03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.
04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.
05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.
06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.
Dari Sudut MANHAJ:
01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.
02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.
03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.
04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.
05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.
06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.
07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.
08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.
09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.
10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.
11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.
12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!
Jawapan: Kerani
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!
Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!
Suaminya sentiasa mengejek “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Peluh yang menitis terus membasahi seluruh tubuh,
Kaki masih lagi mahu melangkah Walau gerakannya tidak sepantas mana,
Jalan semakin berliku,
Hendak digagahkan,
Terasa kepayahan,
Hendak dipatahkan sahaja semangat yang ada,
Seakan tergambar kerugian..
Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri. Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan? Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan. Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan. Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.
Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa? Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran. Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian. Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?
Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang. Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan. Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa. Kesilapan sering terjadi di situ. Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar. Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.
Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu. Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan. Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita. Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.
Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus. Seharusnya kita mengetahui erti putus asa. Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa. Semuanya bermula daripada putus asa. Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain. Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.

Salam...dah lebih 3 bulan tak update blog ni...
nak kata busy tu xde laa sgt...tapi kurang masa utk melayari internet dan update blog ni.. Harap2 lepas ni ada laa ruang dan masa untuk sentiasa meng'update' blog ni dgn cerita2 yg menarik dan maklumat yang boleh dikongsikan dengan sesiapa sahaja yang sudi melayarii laman blog ni..
Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.

Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;
"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"
Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.
"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"
Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.
"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.
"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "
Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.
Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.
"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.
"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.
Ayahnya tersenyum dan menggangguk.
"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.
"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" mata Yani bersinar ingin tahu.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.
"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.
Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.
"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.
Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.
Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.
"Ya Allah..."
Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.
"Allahumma as aluka khusnul khootimah"
Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.
Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.

Sumber:www.pembina.com